“Haha nak gelak tapi kesian”- Radin

Pasangan Nabil Ahmad dan Zira Ayub antara suami isteri yang romantik serta dikenali ramai netizen. Ramai mengenali Zira selepas banyak video dan gambar beliau bersama Nabil sentiasa dikongsi di Instagram Nabil. Malah Siapa sahaja yang tidak mengenali Nabil, salah seorang pelawak yang terkenal dan ramah dengan peminatnya. Pasti anda juga peminat Nabil kan?

Kehidupan keluarga Nabil dan Zira antara yang menjadi perhatian netizen di laman media sosial. Melihat gelagat Nabil di dalam video terbarunya, sungguh melucukan.

Jarang lah Nabil kalau tak lucu, pasti lucu dengan gelagat selambanya itu. Malah dengan Zira pun, Nabil suka menghiburkan isterinya.

Baru-baru ini, Nabil berkongsi satu video lucu yang membuatkan netizen geli hati melihatnya.

Menerusi video berkenaan, Nabil bersama Zira sedang berjalan di dalam kebun. Tanpa disedarinya, Nabil jaatuh terduduk di hadapan Zira. Baru nak feeling romantik, sekali dah terjatuuh depan isteri tersayang hehe..

Video Nabil menghiburkan netizen termasuklah rakan artis seperti Dara Fauzana, Radin, Nabila Huda dan ramai lagi. Betul lah kata netizen, Nabil ni mana-mana sahaja melucukan.

Sementara itu, video Nabil telah menerima 12,000 tanda suka dan telah ditonton sekitar 179,000 tontonan sejak dimuatnaik Selasa.

Sebelum ini, Nabil pernah menjadi bualan hangat netizen apabila salah seorang wanita mengaku secara live di radio bahawa nabil adalah kekaasih lamanya. Lucu dibuatnya apabila Nabil kena usik dengan rakan sekerja dan isterinya juga sempat ‘merajuk’ dengan Nabil hehe..

Namun begitu, ia hanyalah sekadar hiburan sahaja. Lihatlah cara Nabil melayan baik isterinya, sangat romantik tau.

Alahai Nabil, sampai terjatuuh begitu dekat kebun. Baru nak steady macho depan isteri. Semoga bahagia buat Nabil dan Zira.

Sumber: Instagram nabilzira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!