“Haha daddy malas nak layan”- Netizen

Gelagat pelakon dan pengacara Ain Edruce jarang sekali mengecewakan peminat-peminatnya. Walaupun hanya dengan spontan sahaja, Ain sering menghiburkan ramai orang lebih lebih lagi apabila beliau berganding bersama suaminya, Amirul Hafiz. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, banyak video lucu keluarga ini yang sering dikongsi oleh Ain di laman sosial media miliknya.

Peminat-peminat sentiasa menantikan video atau vlog terbaru daripada Ain kerana kebanyakkan video milik Ain mendatangkan mood ceria kepada peminatnya.

Video terbaru daripada Ain telah menerima banyak respon. Gelagat Amirul lebih menjadi tumpuan apabila ramai netizen terhibur melihat muka ‘redha’ Amirul melayan isterinya.

Video tersebut telah dikongsi oleh Ain di laman Instagram miliknya. Paparan video itu menunjukkan Amirul dan Ain bersama anak mereka berkongsi pengalaman bercuti di Langkawi baru-baru ini.

“Mirul tu tgh marah ke tgh redho, adoiyai, daddy malas nak layan, buat2 blur je”- Netizen

Bukan setakat Amirul sahaja, anak mereka iaitu Soraya juga mencuri tumpuan netizen dengan kecomelannya. Posting video itu juga telah ditonton sehingga 157,000 tontonan.

Bestnya Ain and family dapat pergi bercuti dekat Langkawi.Memandangkan sektor pelancongan dekat Pulau Langkawi sudah dibuka, ramai selebriti dah bercuti di sana setelah sekian lama PKP.

Sumber: Instagram Ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!