“Haha baru tinggal sekejap dah jadi aliieen” – Netizen

Bagi para wanita diluar sana yang bergelar ibu, sudah pasti anda tahu rasa saakitnya hati kerana menahan rindu yang membuak-buak terhadap anak-anak yang berada jauh dari dakapan diri. Makin-makin bagi para ibu yang masih mempunyai anak kecil, kerinduan itu pasti akan berlipat kali ganda rasanya. Namun apa boleh buat selain daripada bertahan dan bersabar, kerana kadang-kadang ibu-ibu yang berjauhan dari anak-anak rata-rata mempunyai alasan yang sama iaitu disebabkan kerjaya.

Mahu tidak mahu, terpaksa juga dilakukan demi masa depan si kecil. Perkara yang sama juga turut berlaku kepada aktres terkenal Elfira Loy yang sedang berada di negeri Perlis sekarang untuk sesi penggambaran telemovie terbaru yang dibintangi olehnya.

Elfira yang baru beberapa hari berjauhan dengan anaknya, Rayyan, yang baru mencecah umur 2 tahun itu, mengaku bahawa dia berasa sangat rindu dengan anaknya ini. Bayangkan sahaja berjauhan dengan anak yang beratus-ratus batu jauhnya, sudah tentu Elfira akan teringat dengan Rayyan pada setiap masa dan setiap saat.

Elfira meluahkan rasa rindunya terhadap Rayyan dan juga suaminya pada postingan menerusi akaun Instagramnya hampir setiap hari. Menerusi foto perkongsian Elfira yang dimuatnaiknya pada 10 jam yang lepas, walaupun rindu dengan kedua-dua anak serta suami, namun Elfira tetap berasa puas hati setelah sekian lama tidak melakukan sebarang kerja ‘sh0oting’ dan memegang skrip.

Akhirnya, dah terubat rindu Elfira untuk kembali beraksi di depan kamera. Elfira menyatakan bahawa walaupun baru beberapa hari berjauhan dengan Rayyan, tapi rasanya seperti sudah 7 tahun mereka tidak berjumpa.

Rayyan pula masih sempat bergurau dengan ibunya dengan menghantar videonya yang menggunakan filter sehingga berjaya mengubah wajahnya sama seperti al1en.

Elfira turut terkejut melihat filter yang menutupi wajah anaknya itu sehingga kelihatan seperti makhluk asing. Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Rayyan yang agak nakal ini.

Namun, banyak juga para followers Elfira yang memenuhi ruangan komen dengan memberi pujian kepada Elfira. Kata netizen, Elfira kelihatan sangat cantik dalam kiriman foto tersebut.

Sebelum ini, Elfira juga ada mengongsikan satu video rakaman Rayyan dan dia yang sedang berhubung melalui ‘video call’. Rayyan enggan memberi telefon yang dipegangnya malah memeluknya dengan kuat seolah-olah tidak mahu berenggang dengan suara ibunya yang jelas kedengaran dari telefon yang dipluk Rayyan itu.

Rayyan yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya pada 1 Oktober yang lepas, jelas masih belum biasa berjauhan dengan ibunya.

Bersabarlah buat Elfira dan Rayyan. Apabila shooting Elfira sudah selesai, bolehlah balik ke rumah untuk melepaskan rindu yang terpendam. Lagipun, rentas negeri kan sudah dibenarkan untuk berkuatkuasa pada seluruh Malaysia.

Sudah tidak ada kekangan lagi untuk balik ke tempat asal dan tinggal bersama-sama dengan keluarga. Rayyan pun pasti sudah tidak sabar untuk berjumpa kembali dengan ibu tercinta kan?

Sumber: Instagram Elfira Loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!