Hadapi dugaan cuba disihir seseorang, Aeril Zafrel mohon maaf dan ajak bertemu secara nyata

Pelakon Aeril Zafrel kini melalui ujian getir apabila berhadapan dengan cubaan untuk disihir oleh seseorang. Pendedahan mengejutkan berkenaan dikongsikan oleh beliau menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik di instagramnya. Aeril Zafrel atau nama sebenar beliau Suhairil Sunari berkata Allah telah menghantarkan bantuan menerusi orang yang lebih arif untuk beliau dan keluarga membuang sihir tersebut.

Ujar Aeril yang juga baru sahaja sembuh daripada C0v1d19 mengucapkan rasa syukur kerana berkat pertolongan yang diterimanya, beliau dan keluarga terselamat dari sihir itu. Beliau berkata setiap orang juga mempunyai ujian dan dugaan masing-masing namun hanya kepada Allah sahaja beliau berserah dan mampu menghadapi dugaan tersebut dengan tenang.

Aeril dengan rendah hati juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa dengan beliau sehingga tergamak melakukan percubaan sihir itu. Sebagai manusia biasa beliau akur sekiranya beliau telah melakukan kesalahan dan kekhilafan tanpa sedar dan berharap pihak berkenaan bertemunya secara nyata sekiranya masih ada rasa tidak berpuas hati dan ingin melampiaskan kemarahan dan menegur kesilapan dirinya.

Beliau berlapang dada untuk mendengar dan membetulkan apa jua kesalahan yang telah dilakukan. Aeril menambah, beliau bersedia untuk memaafkan perbuatan pihak tersebut kepada keluarga beliau dan berharap agar pihak tersebut bertaubat. Aeril menyerahkan selebihnya kepada Allah sebagai Maha Pelindung Dan Maha Menyelamatkan.

Netizen menyifatkan pasngan berkenaan mempunyai segala-galanya yang menjadi idaman ramai orang seperti mempunyai wajah yang tampan dan cantik, popular sebagai pelakon, kaya kerana mempunyai perniagaan yang semakin berkembang dan mereka juga mempunyai anak yang ramai.

Barangkali selama ini perkongsian yang dibuat oleh Aeril dan Wawa mengenai kehidupan mereka di media sosial telah menimbulkan rasa iri hati dan hasad dengki seseorang.

Berikut merupakan gambar yang muatnaik oleh Aeril melalui Instagram yang mendedahkan mengenai ancaman sihir yang di hantar oleh seseorang individu kepadanya.

Berkongsi sekeping gambar beberapa keping plat logam di atas kain kuning, beliau berkata ada sesorang yang cuba untuk menganiayai beliau melalui sihir.

Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian yang dibuat oleh Aeril menerusi Instagram beliau itu. Para peminat juga turut bersimpati dengan nasib yang melanda pasngan berkenaan dan mereka juga berdoa agar pasngan berkenaan mengambil inisiatif untuk melindungi keluarga dengan mengamalkan beberapa amalan yang dituntut dalam islam dan berserah kepada Allah sebagai pelindung. Berikut beberapa komen dari netizen.

“Nielah manusia2 yg takbur,riak,malah menyekutukan Allah swt..Manusia spt nie mmg jenis x nak taubat krn dengki dan busuk hati yg ada dlm diri manusia spt tu..Wallahualam betapa dasyatnya balasan Allah swt pd manusia spt tu” – Netizen

“jenis apa ni??? biasa tgk mcm bntuk patung.. first time tgk mcm ni.. moga aeril sekeluarga dlm pelindungan allah swt” – Netizen

“Semoga aeril & wawa sekeluarga dilindungi Allah..” – Netizen

“Semoga boss aeril and family sentiasa dilindungi Allah SWT. “ – Netizen

“Kun faya kun.. kepada allah kita memohon perlindungan” – Netizen

“Allahuakbar.. Nauzubillah.. Semoga sentiasa dlm peliharaan Allah swt..” – Netizen

“semoga aeril, wawa sekeluarga baik2 sahaja dan sentiasa dalam lindungan Allah..insyaAllah” – Netizen

“Semuga Aeril sekeluarga terselamat dari sihir..ini lah ujian bila Kaya..cantik Dan handsome…Tak boleh nak tengok orang lebih..” – Netizen

Semoga pasngan ini terus tabah dalam menghadapi ujian yang melanda mereka kini. Sudah pasti tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa harungi suka duka ujian dan rintangan dalam kehidupan. Jadikan dugaan dan ujian yang melanda ini sebagai batu loncatan agar lebih berjaya lagi pada masa hadapan. Hanya Allah jua sebaik-baik pelindung.

Sumber: ig aeril zafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*