“Habis RM 34,500 kalau kat Malaysia anggaran RM103,500” – Bonda Rozita

Siapa yang tidak mahu ber’shopping’ apabila sudah dapat melancong ke negara lain. Pastinya bukan senang untuk dapat menjejakkan kaki di negara orang. Kita harus berusaha jika ingin melancong lebih jauh dari negara sendiri. Seperti kita tahu, usahawan terkemuka iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang telah berjaya membina nama produknya dalam pasaran dunia.

Beliau bukan sahaja berjaya membina dirinya tetapi beliau juga mengajak pasukan produk iaitu stokis dan agen beliau dalam berjaya dalam berniaga. Baru-baru ini Bonda Rozita dan keluarga ke London untuk bercuti dan kelihatan beliau tidak lupa untuk membeli hadiah untuk stokis dan agen beliau sebagai tanda penghargaan setia dengannya.

Dilihat didalam video tersebut, Bonda Rozita membeli belah beg-beg tangan untuk dihadiahkan kepada pasukannya.

“Menahan sejuk kvlit kering jadi g4tal bergaru bershopping tetap senang hati gembira dngn kebersamaan kami di london.. shopping kami bukan untuk diri sendiri tapi nak menghargai stokis, pengedar dan staf , followers masa sy go live, yg akn disampaikan pd tahun 2020 ..Murah masa b0xing ni , kami dapat byk beli barang gucci, Coach, Micheal khors .

( habis rm 34,500k kalu beli kat Msia anggaran rm103, 500 k dan designnya pun mmg tak ada kr Msia ) dan hari ni kami lanjutkan travel ke Paris cari LV pulak..JRM konsep sy terapkan santuni org yg baik dgn kita “ saling memberi dn menerima” kata Bonda Rozita dalam laman instagramnya.

Setelah sampai di Paris, beliau berkongsi kerenah dua pekerjanya yang dikenali sebagai Icah dan Odah yang berangan menjadi orang kaya.

Dilihat Icah dan Odah melakonkan gaya-gaya orang kaya dan mengusik Bonda Rozita dengan memanggilnya ‘Makcik’.

“Icah dan oDah berbagai kerenah, sementara sy dn Niza beli barang berangan jadi Dato Datin kaya lah pulak. Hilang penat kerja ada budak 2 orang ni. Bab tukaran duit pandai mereka ni Alhamdulillah” luah Bonda Rozita dalam laman instagramnya.

Rata-rata netizen mengatakan sangat seronok jika dapat menjadi stokis Bonda Rozita kerana mereka dihargai oleh Bonda Rozita.

Ramai juga yang mengatakan bahawa Odah dan Icah memang kelakar orangnya dan pandai berjenaka.

Majikan di Malaysia seharusnya jadikan Bonda Rozita sebagai contoh dimana beliau menghargai pekerjanya dan menganggap pekerja-pekerjanya itu adalah satu pasukan untuk berjaya bersama-sama. Beliau juga tidak lokek untuk berikan hadiah yang mahal kepada mereka yang telah banyak bantu menaikkan nama produknya ke persada dunia.

sumber : ig bondarozitaibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*