“Giler ko Kri sependa pun nak tunjuk” – Bonda Rozita

Bila disebut nama Dato’ Aliff Syukri, Kekayaan dan kontroversi pasti akan jalan seiring. Mana tidaknya, semua perkara tak masuk akal dibuatnya dan diperagakan kepada umum. Dari segi kekayaan pula takyah cite, memang beliau memiliki harta yang kita tak dapat bayangkan pun. Terbaru, beliau mencetuskan lagi kontroversi di media sosial sehingga ramai yang mengatakan ianya tak patut berlaku. Dato’ Aliff telah memuat naik sekeping foto di akaun instagramnya.

Apa yang menjadi tular adalah apabila gambar tersebut adalah seluar dalam miliknya. Apa niat beliau? Jom ikuti pendedahannya.

Menurut Dato’ Aliff, dia memuat naik gambar seluar dalam berjenama Versace adalah disebabkan permintaan orang ramai yang ingin tahu pakaian dalam yang dimilikinya. Siapa orang ramai yang nak tahu tu? HK mohon dia pulak tampil beri penjelasan.

Di bawah adalah kepsyen dari gambar yang dimuat naik:

“Ramai yg org suruh sy tunjuk sepender saya hari ni saya pakai seluar dlm versace hasil perniagaan as.legacymalaysia syukurr sy mampu beli apa sahaja hasil bisnes online saya dulu sy pakai spnder 3 rm10 jee.. tpi kali ni spnder ni kainya sejuk dan selesa.. berminat nak join bisnes sy? wussp 0 14-619 2419 skrg modal rm70-5000 jee.. sure korang pun boleh pakai spnder yg saya pkai ni.” Dato’ Aliff Syukri

Apabila difikirkan dari sudut positif, apa yang cuba Dato’ Aliff sampaikan adalah usahanya. Dulu dia hanya mampu pakai pakaian dalam murah berharga 3 helai RM10. Tapi kini dia buktikan sebaliknya dengan berkat kerja keras dalam bidang perniagaan, tiada apa yang musatahil bahkan memiliki seluar dalam berjenama adalah sebahagian dari pencapaiannya.

Namun, gara-gara memuat naik gambar ini, ianya telah mendapat lebih daripada empat ribu komen yang mengundang ke arah kecaman dan ada yang mengatakan Dato’ tidak menghormti penghulu segala hari, Jumaat dengan memuat naik gambar sebegini.

Bonda Rozita iaitu ibu Dato Aliff turut memberi komen atas perkongsian spndernya di Ig. Komennya turut mendapat perhatian ntizen.

 

Antara komen ntizen :

Apa yang Dato’ Aliff buat semoga diambil pengajaran dan iktibar. Bukan segala hal kita boleh tunjukkan kepada umum. Mungkin ada seglintir netizen amat sensitif perihal ini. Cuma kita sebagai masyarat ambillah yang baik iaitu buat kita bersemangat untuk Berjaya seperti Dato’ Aliff kecapi kini.

Sumber: Instagram Dato’ Aliff Syukri via HK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*