“Giila, betul2 menyindir Aliff Aziz” – Netizen

Baru-baru ini, Baby Shima telah membuat pelancaran rasmi Music video premier bertajuk ‘Pura-pura Bujang’ pada hari selasa lepas di channel rasmi MVM. Sebelum pelancaran, lagu tersebut telah diselit sedikit demi sedikit didalam sebuah drama pendek bernama ‘Pura-pura Bujang’ yang dilakonkan oleh Alieff Irfan, Baby Shima dan Azar Azmi untuk tujuan ‘teaser’ lagu tersebut.

Lagu ‘Pura-pura Bujang’ yang ditulis dan dilagukan oleh Mimifly & Ezra Kong itu nampaknya telah mendapat sambuutan hangat dan positif dari para netizen. Dikatakan ramai yang sangat menyukai rentak dan lirik lagunya yang rancak dan catchy.


Sementara itu, ada juga para netizen membuat spekulasi tentang lagu tersebut dengan mengatakan lagu itu adalah untuk mengecam Alif Aziz yang dikenali dengan kontroversi kisah-kisah “cinta”nya.


Lagu Pura-Pura Bujang ini bukan sahaja dilancarkan di Malaysia tetapi juga di Indonesia! Tahniah BabyShima! Semoga terus sukses dan dapat menjadi contoh terbaik untuk ‘junior-junior’ dalam industri hiburan pada masa akan datang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*