“Geram je ngan suami ni, ada je benda nak jawab” – Eyra Hazali

Perkahwinan adalah satu bahtera indah yang dibawa oleh dua insan bercinta melalui kehidupan bersama. Pastinya pas4ngan yang baru bernikah pasti dapat merasa kemanisan cinta halal antara satu sama lain. Seperti yang telah dihebahkan, Eyra Hazali telah pun sah menjadi isteri yang sah seorang penjaga gol kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019 lepas.

Ternyata Eyra Hazali dan pas4ngannya sedang merasai kemanisan dalam percintaan halal.

Baru-baru ini, Eyra telah berkongsi momen suaminya bergurau dengan beliau.

Kedengaran didalam video kongsian Eyra tersebut, Eyra mengadu kepada suaminya bahawa hotel mereka duduki tidak menyediakan tisu tangan. Namun suaminya, Haziq, membalas kembali dengan mengatakan guna dahulu tisu “kaki” dengan niat bergurau dengan isterinya itu.

“Geram je suami ni. Ada je benda nak jawab” kata Eyra dalam laman Twitternya.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka berdua sangat ‘sweet’ bersama dan ada juga mengimpikan untuk berkahwin selepas melihat telatah merpati dua sejoli ini.

Dalam perkembangan terbaru beliau, beliau sedang dalam mempromosikan Big Sale 11.11 Shopee baru-baru ini.

Sumber : Twitter Eyra Hazali

Artikel ini disediakan oleh Cite Ohsem. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*