“Fuh dia punya gaya, kecik2 dah ada gaya diva”- Netizen

Sudah genap tujuh tahun usia satu-satunya puteri kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana. Selain Yusuf Iskandar Alisa Aisyah, Aaisyah Dhia Rana juga antara si cilik yang popular dalam kalangan netizen. Di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kan? Sudah tentu Aaisyah mengikut jejak langkah ibunya yang up to-date dengan fesyen terkini.

Seperti yang ramai tahu, Rozita Che Wan atau dikenali dengan nama Che Ta cukup sinonim dengan penampilan yang lain daripada yang lain dan begitu eksklusif.

Sungguh pun begitu, Che Ta juga tidak melepaskan peluang membenarkan anaknya Aaisyah turut sama berhias cantik dan didedahkan dengan alat solekan walaupun baru menginjak usia 7 tahun.

Bahkan Che Ta juga akan memastikan anaknya tampil cantik dan sentiasa berhias. Begitulah Che Ta juga, sangat menjaga penampilan dirinya.

Baru-baru ini, Che Ta berkongsi beberapa foto Aaisyah mengenakan gaun berwarna biru dan lengkap dengan solekan yang cantik sekali.

Bersempena menyambut ulangtahun kelahiran Aaisyah yang ke 7 tahun, Aaisyah digayakan dengan gaun berwarna biru. Cantik dan sungguh menyerlah Aaisyah.

Foto Aaisyah bergaun biru itu telah menjadi perhatian netizen dan rata-rata memuji wajah cantik Aaisyah meskipun baru berusia 7 tahun.

Sudah tentu umur bukanlah penghalang buat si cilik ini untuk tampil cantik bergaya. Dan ramai netizen tidak sabar untuk melihat Aaisyah dewasa nanti, mesti lawa seperti ibunya.

Selamat Ulangtahun Kelahiran Aaisyah yang ke tujuh tahun. Pejam celik dah besar dah Aaisyah.. Ramai teruja tengok Aaisyah sekarang, makin cantik.

Sumber: Instagram rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!