“Fokus dekat Hayder je, tak tengok kmbing Pak Mat tu pun”- Netizen

Siapa saja tak mengenali Hayder anak kepada Eyra Hazali dan Haziq Nadzli tu. Hayder ni, sangat lah comel budaknya. Setiap masa ada saja moment lucu dan comel dari dia. Geram tau tengok si budak comel tu, rasa nak cubit-cubit je pipinya yang gebu tu. Perangai nya pun boleh tahan kelakar.

Hayder selalu saja menemani mama nya ke hulur ke hilir. Kalau mamanya nak promote barang sekalipun, mesti ada Hayder sekali yang ikut serta, tolong mama bekerja lah katakan. Pandai sangat budaknya tu. Tak padan dengan kecil.

Ada dimuat naik video Hayder dan Eyra yang buat review masakan dan makan produk kambing perap Pat Mat Western. Rasanya ramai yang dah pernah rasa produk tersebut, sedap kan. Lekas pergi beli. Beli online pun boleh kalau taknak walk in.

Video yang mana Hayder dan Eyra sedang memasak. Eh bukan Hayder yang memasak, tapi mamanya, Hayder dekat situ tolong join je. Dia kan kecil lagi mana boleh memasak sendiri, bah4ya. Betul tak ? Kecil-kecil pun dah pandai tolong.

Awal-awal video tu pun dan buat semua orang tersenyum dan tersengih. Mana taknya, Hayder buat bunyi comel. Bila Eyra tanya nak makan apa, dia buat bunyi kambing mengembek. Alahai, comel betul lah awak ni dik.

Bila tengah memasak tu, lagilah bertambah comel. Eyra buat itu ini, semuanya dibuat bersama-sama Hayder. Gaul makanan sama-sama, buat itu ini semua nya sama-sama. Yelah, nama pun menolong kan. Kenalah ada function sikit.

Sambil-sambil memasak tu, adalah gelagat Hayder yang comel tu. Paling lucu tengok reaksi muka dia tulah. Comel sangat lah, buat muka betul lah dia ni. Tersenyum-senyum kita dibuatnya, cair hati uncle dan aunty ni.

Sebabtulah, bak kata netizen, mereka tak focus dekat kambing perap tu, diorang duk focus tengok Hayder tu je. Mana taknya, Hayder lagi menyerlah dari daging ya. Yang nak dijadikan focus utama adalah daging tu, tapi Hayder yang jadi tumpuan.

Hayder tolong mama dia memasak sampai siap tau. Bila dah siap tu, mereka makan bersama. Comel betul tengok dia makan,tersenyum sambik puji keenakan produk tersebut. Part dia minta mashed potato tu paling comel, suka sangat macam potato tu.

Sumber : Ig Eyra.hazali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*