“First time dengar ayam bunyi meow” – Netizen

Bukan mudah menjadi seorang bapa. Tugas seorang bapa sebenarnya sangat besar. Mereka bukan sahaja perlu mencari nafkah untuk menyara keluarga malah perlu mendidik anak dan isteri dengan ilmu agama dengan sebaik mungkin dan melindungi mereka dari apa-apa kemudaratan. Dalam Islam, perkara ini adalah satu kewajipan bagi seorang suami dan ayah.

Siapa lagi yang tidak mengenali pelakon dan pelawak, Shuib Mohamad. Beliau yang kini berusia 37 tahun mempunyai banyak pengalaman dalam berusaha untuk menjadi orang yang berjaya dalam industri seni dan perniagaan.

Semua sudah ketahui bahawa Shuib telah kehilangan isterinya pada tahun lepas. Ramai yang sedia maklum bahawa sekarang Shuib menjaga anak-anaknya sendirian dengan bantuan kedua belah keluarga arwh isteri dan keluarga Shuib.

Anak bongsu Shuib iaitu Ayash Affan baru masuk usia 9 bulan dan sudah mempunyai pelbagai lagak ragamnya dan Shuib dilihat sentiasa melayan kerenah anak bongsunya itu.

Baru-baru ini, Shuib ada berkongsi sebuah video dimana Ayash dilihat kurang ceria dan menunjuk kerenahnya pada ayahnya itu.

Dalam video tersebut, dilihat Shuib cuba memujuk anak bongsunya itu dan membawa beliau melihat ayam di luar rumah.

Dilihat juga muka monyok Ayash yang sedang melayani pujukan ayahnya itu ketika melihat ayam-ayam direban. Ayahnya pula cuba bergurau dengan memanggil ayam itu dengan menggunakan bunyi kucing.

Netizen agak terhibur melihat kerenah dua beranak itu dan juga terhibur dengan lawak Shuib yang memanggil ayam dengan bunyi kucing.

Seorang ayah pasti mahu anaknya gembira. Begitu juga Shuib terhadap anak-anaknya. Sebagai bapa tunggal, beliau mahu anak-anak beliau mendapat kasih sayang yang tiada bandingan darinya.

Sumber : instagram Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!