“Finally, Alhamdulillah. Be waiting for this photo all family together” – Netizen

Puteri Sarah Liyana merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia. Beliau mula berkecimpung dalam bidang lakonan setelah wajahnya kerap menghiasi televisyen sebagai model iklan beberapa produk sebelum ini. Sekitar tahun 2013 beliau akhirnya mengumumkan untuk berhijrah dan memakai tudung. Beliau menamakan zaman bujang bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof pada tahun 2014 dan sejak itu beliau sedikit memperlahankan aktiviti seni untuk memberikan tumpuan terhadap keluarga.

Hasil perkahwinan tersebut beliau dan Syamsul dikurniakan dua orang anak. Anak sulung beliau iaitu Syaikhul Islam dilahirkan pada April 2017 manakala anak keduanya Sumayyah pula sekitar Mac 2019.

Setelah Puteri Sarah berkahwin, amat jarang mendengar kontroversi mahupun cerita kurang enak mengenai kerjaya mahupun kehidupan peribadinya.

Walaubagaimanapun sekitar tahun lalu, rumahtangga pelakon ini diuji apabila dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung bersama suami.

Bagaimanapun akhirnya Puteri Sarah kembali berdamai bersama suami dan menjelaskan terdapat individu yang tidak senang duduk dengan kebahagiaan yang di miliki oleh Puteri Sarah bersama suaminya Syamsul Yusof selama ini.

Sekian lama tidak memuatnaik gambar bersama suami di Instagram, bersempena hari raya aidilfitri yang diraikan oleh umat islam hari ini, Puteri Sarah telah berkongsi gambar terkini beliau bersama suami dan anak-anak berkumpul bersama menyambut hari raya.

Pasangan tersebut kelihatan sangat gembira dan mesra semasa merakamkan gambar bersama anak-anak.

https://www.instagram.com/p/COzdBRcHoE2/?igshid=1e1xip0j2dvq5

Rata-rata netizen dan peminat beliau turut berkongsi rasa gembira apabila pelakon berkenaan mengesahkan hubungan beliau dan suaminya kembali bahagia seperti sebelum ini.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan di ruangan komen Instagram Puteri Sarah.

Bersempena hari raya yang mulia ini, mudah-mudahan kita semua sentiasa menyucikan hati dan memohon ampun dan maaf di atas kekhilafan yang telah dilakukan sebelum ini.

Jauhkanlah diri daripada merasa iri dan dengki dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh orang lain.

Semoga rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sentiasa peroleh rahmat dan kebahagiaan dalam rumahtangga mereka.

Sumber: Instagram Puteri Sarah.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!