“Fieya jangan ambil mudah dengan peluang saya bagi” – Dato Siti Nurhaliza

Big Stage dominasiku satu rancangan yang trending setiap ahad menampilkan barisan peserta dari Malaysia Indonesia Korea dan Thailand. Semalam, Fieya Julia seorang artis Malaysia antara peserta bertuah yang mendapat imuniti dari Dato Sri Nurhaliza barisan Juri tetap Big Stage. Dato Siti, kelihatan gembira apabila keputusannya menggunakan satu satunya imuniti miliknya sebagai juri di bigstage adalah tepat apabila peserta yang di umumkan akan terkeluar minggu ini adalah Fieya Julia.

Menurut Dato CT apabila di temuramah selepas program bigstage semalam, Tok Ti menyatakan dia berharap Fieya tidak mensia siakan peluang yang dia berikan dan kena buat yang lebih baik selepas ini.

Ramai peminat Fieya Julia mengucapkan terima kasih kepada Dato CT kerana menyelamatkan Fieya.

” Kalau Fieya terkeluar malam tadi, aku tak ingin dah tengok bigstage selepas ini ” – netizen

Ada juga netizen merasakan Chaleada patut terkeluar dari bigstage.

” Asal Chaleada susah sangat nak terkeluar” – netizen

Ada juga berpendapat mungkin di sebabkan Chaleada cantik dan ramai yang undi online untuk nya menyebabkan dia susah nak terkeluar dari pertandingan bigstage.

Seperti yang kita sedia maklum, Chaleada setiap minggu berada di bottom 3 apabila ikut pemarkahan juri tetap dan jemputan, pengundian online selalu menyelamatkan Chaleada dari tersingkir.

Ada yang berpendapat Astro sepatutnya membiarkan penyikiran Chaleada pada minggu pertama. Jelas ramai yang tidak setuju dengan keputusan pemarkahan bigstage semalam.

Seperti yang kita sedia maklum, kalah menang adat pertandingan. Sudah menjadi kebiasaan rancangan TV di malaysia mempunyai penjurian online atau undian dari peminat. Apa pendapat korang?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*