“Feeling sungguh lah anak daddy ni”- Fizo Omar

Zaman serba moden kini lebih mudah untuk akses segala teknologi yang sedia ada. Lebih lebih lagi apabila di kala pndmik cvd sedang berlaku, gajet dan smart phone menjadi peneman setia kita semua. Termasuklah kanak-kanak yang sudah mula didedahkan dengan penggunaan smart phone bertujuan untuk kelas online dan tidak terkecuali, meluangkan masa lapang dengan mengakses pelbagai aplikasi di dalam telefon.

Jangan terkejut, kanak-kanak di zaman berteknologi canggih ini sudah pandai melayari internet dan akses kepada laman sosial media. Ada juga kanak-kanak yang aktif dengan aplikasi Tiktok sehingga menjadi ikutan dalam kalangan mereka.

Bila lihat sahaja anak-anak selebriti Malaysia, gelagat comel mereka yang aktif dan lincah dengan aplikasi TikTok sentiasa mencuuri tumpuan. Termasuklah anak perempuan kepada pelakon Fizo Omar iaitu Maryam. Ada sahaja gelagat comel Maryam yang dikongsi bapanya.

Terbaru, telatah comel Maryam berjoget sambil mendengar lagu Teman nyanyian Iman Troye telah menghiburkan peminat-peminatnya.

Dengan spontannya Maryam ikut berjoget dengan rentak lagu Iman Troye. Nampaknya Iman Troye dah ada peminat cilik ni.

Video yang menunjukkan kecomelan Maryam itu dikongsi oleh Fizo di laman Instagram miliknya dan mencapai sehingga 156,000 tontonan.

Comel je tengok Cik Yam ni. Nanti dah besar, mesti gelak tengok balik video kenangan time kecil ni hehe

Sumber: Instagram Fizoomar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!