“Fasha mengandung balik ke, knp lah tak pakai baju besar sikit nampak perot” – Netizen

Kelibat pelakon Fasha Sandha atau nama penuh beliau Nur Fasha Sandha semakin rancak menghiasi kaca televisyen. Jika sebelum ini beliau memperlahankan aktiviti lakonan kerana kekangan C0v1d19 dan sedang sarat mengandung kini setelah melahirkan anak sejak 8 bulan yang lalu Fasha kembali menerima tawaran lakonan dengan meriah. Fasha mendirikan rumahtangga bersama pelakon Aidil Aziz pada bulan Mac 2019.

Sebagai rekod Fasha sebelum ini juga pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Jejai dan dikurniakan 2 orang anak sebelum berpisah sekitar tahun 2016.

Bagaimanapun hubungan Fasha bersama bekas suami masih lagi baik apabila memilih untuk berdamai demi kebaikan anak-anak.

Jejai juga tidak kekok bergaul bersama Aidil di sebuah majlis semasa menyambut hari ulang tahun kelahiran anak sulung beliau baru-baru ini.

Menerusi muatnaik terkini di instagram, Fasha berkongsi drama terbaru lakonan beliau. Di dalam video yang dipaparkan Fasha dilihat mengira duit bersama para pelakon lain.

Bagaimanapun menjadi persoalan apabila jelas kelihatan keadaan terkini dirinya yang mempunyai baby bump seakan sedang mengandung.

Tambahan pula pakaian beliau semasa menjayakan babak tersebut di dapati kurang sesuai kerana agak ketat dan kurang wajar di pakai oleh ibu mengandung.

Ruangan komen juga mencadangkan supaya Fasha memilih pakaian yang bersesuaian sekiranya membawakan watak sebagai ibu mengandung kerana pakaian yang di gayakan di dalam babak lakonan tersebut amat tidak sesuai.

Netizen juga menegur agar komen mereka di terima secara positif oleh Fasha.

Sayang betul para peminat Fasha terhadap artis kesayangan mereka itu. Setiap teguran yang diberikan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk kebaikan artis tersebut sendiri.

Mudah-mudahan Fasha juga terbuka menerima teguran dan boleh cuba menukar pakaian yg lebih sesuai lagi untuk ibu mengandung selepas ini.

Sumber: ig fasha sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*