“Fahri bukannya takut tau, best sangat swimming sampai rasa nak sleep”- Dayah Bakar

Siapa yang tidak mengenali personaliti TV, Dayah Bakar yang cukup popular menerusi rancangan Wanita Hari Ini dan Nasi Lemak Popular. Sikap ramah mesra Dayah membuatkan dirinya cukup disenangi dalam kalangan peminat-peminatnya. Malah kisah hubungan cinta jarah jauh antara Dayah dan suaminya pernah viral sebelum ini. Suami Dayah iaitu Kapten Hanif yang merupakan anggota tentera terpaksa duduk berjauhan di negara Australia atas tuntuan kerja.

Kini, Dayah bersama anaknya sudah menetap di Australia dan tinggal bersama suami selepas Dayah berhenti kerja sebagai pengacara TV kerana mahu lebih fokus kepada anak serta suami.

Dayah yang sering memuatnaik gambarnya di Australia menjadi perhatian ramai apabila Dayah tidak lagi memakai Face Mask. Rata-rata netizen Malaysia dilihat teruja dan tidak sabar untuk hidup normal seperti yang dilalui Dayah ketika ini.

Lebih menarik perhatian lagi apabila satu-satunya anak Dayah iaitu Fahri bebas belajar berenang bersama suaminya tanpa risau.

Gembira sungguh Fahri belajar berenang sampai terlena mata. Gelagat comel Fahri ternyata mencuit hati ramai netizen selepas Dayah berkongsi video gelagat anaknya di Instagram.

Dalam pada itu, posting video anak Dayah telah menerima 80 ribu tanda suka dan pelbagai reaksi netizen di ruangan netizen.

Pelakon Mira Filzah juga turut mnggalkan komen pada posting Dayah selepas melihat gelagat Fahri yang mencuit hati itu.

Bestnya tengok family Dayah Bakar, dah bebas ke sana ke sini tanpa pakai face mask. Fahri pun dah bebas belajar berenang ramai ramai dengan kawan baru hehe..

Sumber: Instagram Dayahbakar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!