Erra Fazira Berangkat Ke Tanah Suci Makkah Mlm Ini

Pelakon Erra Fazira bakal berangkat menunaikan rukun Islam kelima, mengerjakan haji di tanah suci Makkah pada malam ini. Serentak dengan itu, krew produksi Mingguan Wanita turut mengadakan majlis ‘potluck’ dan doa selamat kecil-kecilan buat pengacara kesayangan mereka itu, sebaik tamat program tersebut. Erra turut menerima ucapan selamat jalan dan doa daripada para peminat dan sahabat handai di laman sosial Instagram.

Ini adalah status terbaru erra di IG miliknya. Semoga Erra fazira mendapat haji yang mabrur.

Alhamdulillahhhh.. pengalaman indah bersama insan yg saya hormti.. sentiasa positif dan tajam minda.. .Thank you prof Dr Muhayya n sweet sista Dr Atiyya n telekungtalk team .. byk perkongsian dan ilmu saya dapat. And.. dapat jugak sarung khimar dan mini telekung muhayya.momentum yg super duper selesa Luv sangat!! .. U guyz definitely have great taste in fashion mslimah .

Halalkan makan minum dan ilmu. InsyaAllah saya semat dalam hati dan minda utk menjadi insan yg lebih baik dan positif. InsyaAllah.. .
Thank you again for the wonderful time i had yesterday.. n tak lupa great Thai food .. Moga Allah merahmti seisi keluarga profmuhayya1 dan team2 prof juga. InsyaAllah pjg usia, kita jumpa lagi..

Rata-ratanya mendoakan urusan Erra dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Antara komen mereka,

hasleena67, cantiknye bila.berpakaian ikut syariat..semoga slmt mnjalani ibadah haji…dipermudahkan segala urusan ditnh suci..dan semoga memperolehi.hj.yg mabrur aamiin..

naniejuaing5586, Didoakan agar dipermudahkan urusan erra menunaikan Ibadah haji , semoga mendapat haji yg mabrur. Selamat pergi dan kembali.

riniejoe63, Selamat menunaikan ibadah haji..semoga segala urusan dipermudahkan..Dikurniakan kesihatan yg baik dan beroleh haji yg maqbullah..

alreadysupermum, Slmt menunaikan ibadah haji buat dik erra tersyg…smg Allah permudahkan segala urusan mu di sana & d berikan kesihatan yg baik..smg mendpt haji yg mabrur aminnn..

mariati8888, Wah mom ketemu sama bunda Bella nih,tapi bunda Bella sudah berangkat duluan…Semoga dilancarkan segalanya dan menjadi haji Mabrur Aamiin…

nolizayahya, Assalamualaikum… Selamt menjalani ibadah haji erra… Semoga Allah permudahkan segala urusan segala ny.. Dn mendapat haji yang mabrur.. Amin.

Erra sebelum ini memberitahu bakal menunaikan ibadah tersebut bersendirian tanpa mahram.

Ibu kepada Engku Aleesya itu turut memberitahu sudah lima tahun menyimpan hasrat tersebut dan berasakan ini tahun yang sesuai, tambahan lagi usianya juga sudah melayakkan dia ke sana.

Tambahnya, walaunpu gementar tetapi pada masa sama rasa teruja dan tidak sabar. Erra turut bermohon agar urusannya dipermudahkan.

Sebelum itu, Mstar melaporkan setelah hampir lima tahun menyimpan hasrat, akhirnya pelakon Erra Fazira berpeluang dijemput menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Menurut Erra, 45, dia akan terbang ke Makkah pada awal bulan Ogos ini dan akan berada di sana sendirian selama dua minggu.

“Dah lama… lima tahun saya simpan hasrat dan ada syarat-syarat perlu dipatuhi, tahun ini masa sesuai tambahan pula usia pun dah layak.

“Alhamdulillah akhirnya saya dipanggil ke sana. Ini kali pertama saya tunaikan haji, saya pergi seorang diri… maklumlah tak ada mahram,” katanya kepada mStar.

Pelakon filem Wangi ini ditemui semasa majlis pelancaran produk Aliff Syukri Legacy yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Erra berkata dia berasa gementar dan dalam masa sama teruja untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Bagi memantapkan pemahaman mengenai agama, dia turut menghadiri kelas sebagai persediaan sebelum mengerjakan ibadah tersebut.

“Sejujurnya gementar juga tapi dalam masa sama teruja, tak sabar. Iyalah benda baik kan… perjalanan saya dengan tuhan.

“Saya ada hadiri kelas berkaitan haji, bertanya dengan orang yang pernah pergi dan banyakkan membaca. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Sumber : Gempak via tirai wanita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*