“Elehhhh, ingat dia je bole” – Roy Azman

Siapa sangka pelakon popular Roy Azman juga rupa-rupanya adalah seseorang yang gemar membuat lawak serta perkara-perkara yang lucu? Bagi para followers Instagram Roy, sudah pasti anda sering melihat video serta gambar perkongsian Roy yang mencuit hati itu. Ada sahaja gambar mahupun video pendek beserta dengan caption lucu yang dikongsikan oleh pelakon veteran Malaysia ini. Dan sudah pasti, ramai netizen yang terhibur sambil tergelak ketika melihat telatah Roy.

Walaupun sudah berumur 51 tahun pada tahun ini, Roy masih lagi kelihatan segak dan bergaya. Lagi-lagi apabila dia dipilih untuk menjadi duta kepada produk Secret Desire, tambah awet muda Roy kelihatan.

Namun, bukan itu yang menjadi topik utama untuk dibincangkan pada hari ni. Min nak cerita pasal aksi lucu Roy yang meniru gaya posing bergambar Sweet Qismina.

Aksi Roy yang meniru gaya posing Sweet Qismina tu meraih sebanyak 7,925 likes dan 548 komen yang mana rata-rata netizen tertawa melihat gambar ini yang telah dikongsikan menerusi akaun Instagram Roy pada 17 jam yang lalu.

Sudahlah warna cat dinding dalam foto Roy tu berwarna pink, memang sesuai sangatlah dengan posingnya yang acah-acah comel. Posing berbaring Sweet Qismina pun ditiiru 100% oleh Roy, ditambah lagi dengan senyuman manjanya. Eleh, gedik betul Roy ni. Kahkahkah.

Ramai warganet seperti penyampai radio Falyq Hikyle teruja untuk memberikan komen bagi foto Roy ni. Selebriti terkenal seperti Qalesya K1ss dan Johan juga turut tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi ruangan komen foto perkongsian Roy.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi tiruan Roy kepada pelakon Sweet Qismina, yang mana tangan Roy elok je diletakkan di pipi.

Sebelum ini, Roy juga pernah memuatnaik video pendeknya yang mana Roy sedang menyapu di halaman rumahnya. Video yang berdurasi kurang daripada 20 saat itu dalam akaun Instagramnya mendapat sebanyak 9,263 likes dan 631 komen.

Sedang asyik Roy menyapu, tiba-tiba disambung pula dengan tarian yang menggunakan muzik latar tak ubah persis CD rosak kata Qalesya.

Macam-macam betul gelagat Roy ni kan. Agaknya Roy berasa bosan asyik duduk di rumah, maka timbullah bermacam-macam idea lucu di dalam kepalanya. Sekurang-kurangnya tergelak juga para followers Instagram Roy. Tak jugalah muka tu masam mencuka sahaja, kan?

Sumber: Instagram Roy Azman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!