“Eh bukan baru balik umrah ke” – Netizen

Siapa saja yang tak ingin jika diri berubah menjadi individu yang lebih baik. Pasti semua orang pun berkeinginan yang sama dan mahukan perubahan diri ke arah yang positif dan baik dari semalam. Tetapi, langkah untuk mencapai sesuatu yang baharu dalam diri ini pastinya bukanlah perkara yang mudah jika tak disertakan dengan azam yang kuat.

Berangkatnya selebriti terkenal Nur Fasha Sandha Hassan ini menunaikan umrah pada minggu lalu bersama dengan suami tersayang pastinya merupakan salah satu langkahnya untuk membersihkan jiwa dan menjadi individu yang lebih baik.

Perjalanan pasangan yang sentiasa menampilkan keromantikan mereka berdua di media sosial Instagram ini pastinya bukanlah suatu perkara yang mudah juga.

Mnggalkan anak-anak mereka yang masih kecil terutamanya Aisha Amaira yang kini baru menginjak usia dua tahun pasti meningg4lkan rindu yang berat buat anak-anak.

Namun, kedua pasangan ini telah berjaya menunaikan ibadah mereka dengan sempurna dan baru sahaja kembali ke tanah air beberapa hari yang lalu.

Disebabkan kepulangannya dari kota suci itu telah menyebabkan netizen mula mempertikaikan penampilannya yang dianggap kurang sopan dengan statusnya yang baru sahaja habis menunaikan ibadah.

Video senaman (boleh tonton video di ig fasha) yang dikongsi oleh Fasha Sandha di Instagramnya itu rata-rata telah mendapat sindiran dari netizen yang bertanya-tanya tentang sebab utama dia pergi beribadah sehingga jauh di kota Mekah.

Walaupun begitu, Fasha sedikit pun tidak terasa dengan sindiran-sindiran tersebut dan mengambil langkah untuk tidak membalas komen-komen pedas dari netizen itu.

Tetapi, begitulah Fasha dari dahulu yang memang terkenal dengan sifat kelembutannya dan jarang sekali melenting jika dikecam.

Video promosi untuk produk pelangsingan tersebut bagaimanapun masih menerima komen-komen positif dari peminat yang terinspirasi dengan penurunan berat badan Fasha sendiri.

Ramai yang memujinya kelihatan lebih cantik sekarang malah diidolakan oleh Janna Nick yang suka dengan badan slim Fasha itu.

Daripada mengecam, lebih baiklah kita doakan semoga Fasha dapat menjaga penampilan dengan lebih sopan lepas ni. Sebelum ni pun dah selalu nampak Fasha kongsi gambar bertudung.

Ramai peminat yang suka sangat tengok Fasha bertudung sebab memang nampak lebih cantik dari biasa.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!