Edisi Kntoi? Aliff Syukri dakwa kolam ikannya sedalam 12 kaki, tapi hujung-hujung tu

Minggu lalu kecoh apabila dua rakan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida yang saling berbalas video, memperjelas mengenai tip atau cara membela ikan dalam skala yang besar dalam sesebuah kolam. Kisahnya bermula apabila ratusan ikan dari spesis Kelah Emas peliharaan Aliff maati kerana dikatakan kekurangan oksigen. Lalu, penyanyi I Am Me itu ada berkongsi video ‘mengajar’ Aliff mengenai cara-cara memelihara ikan komersial dengan betul.

Namun berlaku ‘sesi berbalas’ sindiran di antara mereka berdua sehinggalah pada awal semalam, Datuk Vida ada berkongsi sepotong video pendek hasilan sunting dari pengguna media sosial lain yang membayangkan Aliff ‘kntoi’ mengenai tahap kedalaman kolam ikan di kediamannya.

Aliff sebelum ini mendakwa, kolam ikan yang dibinanya sedalam 12 kaki dan diakui sendiri salah seorang pekerjanya.

Bagaimanapun, semuanya seperti kantoi apabila video yang dikongsikan itu turut memaparkan dua keping foto anak Aliff Syukri yang sedang bermain di kolam ternakan yang sedang dibina serta kelihatan cetek!

“Saya pun tak tahu, nak bagi kredit kat yang buat editing video nk atau nak gelak,” tulisnya ringkas.

Serentak dengan perkongsian dari Datuk Vida, ruangan komen pada entri berkenaan sudah pun mencecah lebih 2,000 komen yang rata-ratanya terhibur dengan hasil ‘siasatan’ yg dibuat netizen.

Malah, gaya ketawa Datuk Vida pada hujung video juga dilihat cukup lucu.

Sebelum itu, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila lebih 500 ekor ikan kelah yang diternaknya mti.

Aliff turut mendedahkan dia mengalami kerugian lebih RM300,000 susulan kejadian yang berlaku di kediaman mewahnya itu.

Insiden yang berlaku kepada Aliff itu menarik perhatian pengasas produk kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida untuk berkongsi tips penjagaan ikan kelah di kolam rumahnya sendiri.
Kata Vida, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha untuk menjaga dan menternak ikan air tawar itu.

“Kolam mestilah dalam sekurang-kurangnya enam kaki, pengaliran air seperti air terjun perlu cantik dan tinggi.

“Jangan campurkan pelbagai jenis ikan! Kalau nak beli ikan baru kena kuarantin terlebih dahulu selama tiga hingga empat hari dalam satu tong.

“Selepas keluar semua toksik baru masukkan sekali dalam satu kolam.

“Seperkara lagi, kalau nak ikan segar jangan letakkan terlalu banyak dalam satu kolam dan pastikan penapis air bersaaiz besar dan bersihkan seminggu sekali,” kata Vida.

Penternakan ikan kelah menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan memandangkan harga seekor ikan liar sungai itu boleh mencecah RM1,400.

Video dari Datuk vida telah dibalas oleh Datuk Aliff dan beliau mengatakan Datuk Vida tidak perlu ajar beliau macam mana nak jaga ikan.

jaga kolam sendiri abg tengok ikan dia semua anak ikan. abg punya smua dah besar.. malah gemok lagi …abg punya nampak subgai asli bukan nampak mcm simen… Abang ni kan menyampah betul lah ada jee yg x kena.. bukan salah abg..

tak payah nak ajar ajak abang macam mana cari jaga ikan.. abang dah lama jaga ikan koi jelun,kelah ni.. jaga je ikan awak tu .. x pyah Ajar2 kita.. ikan kita-kita dah bela lama dah pun sebelum awak bela ikan abg dah bela.. apa masalahnya tak payah nak perli-perli kita.. datoserivida …. daripada sebuk jaga kolam dan ikan kita plzz jaga diri u dulu.

Akhirnya Ntizen mula melakukan siasatan dan menjumpai gambar anak2 nya bermain di kolam ikan tersebut walaupun sebelum itu Datuk Aliff mengatakan kolam itu sedalam 12 kaki dan ia di sahkan oleh pekerjanya sendiri.

Sumber : Ig Datuk Seri Vida/ aliffsyukriterlajaklaris via MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*