“Dua tiga kali ulang ttp nampak baby bump, tahniah” – Netizen

Nama pun pasangan yang baru membina rumahtangga. Pastilah masih manis dan romantik semuanya. Kata orang bagai di awang-awangan saja perasaan pasangan yang baru berkahwin ini. Keadaan ini pasti pernah dirasai buat kesemua mereka yang telah mendirikan rumahtangga. Tiipulah kalau ada yang menidakkan kenyataan ini kan keranalah disitulah permulaan yang sebenar mengenali hati budi masing-masing.

Satu bulan yang lalu telah viral tentang pasangan muda yang sudah berjaya bergelar suami isteri yang sah. Memilih penyatuan hubungan tepat pada hari ulang tahun sang isteri, Adam Lee dan Sweet Qismina ini telah membuat ramai yang cmburu melihat keromantisan pasangan sejoli ini.

Hubungan rapat tidak pernah disembunyikan oleh keduanya sewaktu masih belum berkahwin, pasti ramai yang sudah tahu bagaimana romantiknya pasangan ini sejak dahulu. Tidak terhad hanya di luar set penggambaran sahaja, malah bila berlakon bersama di dalam drama pun memang pot0ng kaki dibuatnya.

Walaupun majlis perkahwinan pasangan ini telah mendapat beberapa tomahan negatif dari netizen akibat sesi menari yang diadakan, namun keduanya masih tenang dah hanya menganggap sebagai angin yang berlalu sahaja.

Video romantik yang dikongsi oleh Sweet Qismina ini telah mencuri tumpuan ramai apabila melihat Adam yang telah membuat satu kejutan rahsia buatnya.

Keterujaan Sweet sendiri dapat dilihat dalam video itu malah tertanya-tanya dan menantikan apakah kejutan yang telah disediakan oleh suaminya itu.

Ternyata kejutan yang disangka tidaklah seperti yang diharap. Akhir video promosi dari pasangan ini ternyata merupakan pengakhiran yang lucu apabila Sweet Qismina terpaksalah memasakkan Adam kambing b4kar pula.

Ramai yang memuji hubungan harmoni dan romantik pengantin baru ini sehingga netizen tidak dapat membezakan antara lakonan atau pun realiti.

Tidak hanya tertumpu dengan sweetnya pasangan ini, ada juga yang terliur pula melihat keenakan hasil tangan masakan dari Sweet Qismina itu. Ada juga yang perasan nampak baby bump, tahniah korang..

Ramai berpendapat yang video itu seperti melihat kesinambungan dari drama Bidadari Salju yang pernah dilakonkan oleh Sweet dan Adam pula. Kalau ada sambungan cerita tu mesti ramai yang tengok sebab akhirnya dah boleh sweet-sweet dalam drama.

Sumber: Instagram Sweet Qismina

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!