“Dua beradik ni memang adik beradik contoh kan” – Netizen

Kasih sayang ibu dan ayah memang tiada bandingannya. Walaupun anak sudah meningkat dewasa dan beranak-pinak pun, ibu bapa masih menganggap kesemuanya masih seperti anak kecil yang pernah mereka jaga. Keprihatinan dan jasa kedua insan ini sememangnya tidak dapat diganti dengan apa jua sekalipun. Walau berjuta ringgit diberikan, namun semua itu masih tidak mampu membalas kedua jasa insan hebat ini.

Begitulah perjalanan hidup bagi kedua beradik yang sangat terkenal dalam industri hiburan. Tidak layak dipanggil sebagai artis lagi, kedua mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian ini sudah layak dipanggil sebagai legenda tanah air. Nama besar Ziana Zain dan Anuar Zain ini memang sudah terkenal dengan bakat nyanyian mereka yang luar biasa.

Siapa sangka disebalik sikap kedua beradik ini yang sentiasa menampilkan bakat hebat mereka berbanding dengan kontroversi, ternyata ada dua insan hebat yang telah berjaya mendidik mereka sehingga menjadi insan yang dihorm4ti ramai.

Stesen radio Buletin Fm akhirnya dapat mempersatukan dua beradik ini dalam segmen temubual Bicara Petang bersama Haiza Hanafi. Video yang dikongsikan oleh Haiza itu ternyata telah mengusik perasaan peminat yang kagum dengan sikap dua legenda hebat ini.

Tidak hanya mengakui masih menjadi anak manja bagi ibu dan bapa mereka, walau dengan usia yang sudah semakin lanjut itu pun kedua ibu bapa masih sering bertanyakan keberadaan adik-beradik ini setiap masa.

Diibaratkan seperti seorang pegawai p0lis, begitulah kata yang diberikan oleh Anuar Zain bagi menggambarkan sosok ayahnya itu.

Kasih sayang luar biasa yang diterima oleh adik-beradik ini, Ziana Zain sempat menitiskan air mata semasa menceritakan kebaikan yang sentiasa ditunjukkan oleh ibu dan ayah mereka sehingga kini.

Dia juga mengungkapkan bahawa mereka tidak akan mampu membalas jasa keduanya sehingga bila-bila pun.

Netizen dan peminat masing-masing yang turut mendengar temubual tersebut berpendapat bahawa perkongsian dari dua bintang besar yang berdurasi selama satu jam itu memang tidak cukup buat mereka.

Malah, ada yang berkata bahawa mereka juga sempat menitiskan air mata semasa mendengarkan luahan hati dari Ziana Zain dan Anuar Zain ini.

Radio sudah, mungkin lepas ni pihak televisyen boleh mempertimbangkan pula buat perkongsian dan temubual secara lebih dekat bersama dengan dua beradik yang hebat ini.

Sangat hebat didikan ibu bapa mereka sehingga mampu menjadikan bintang ternama yang sentiasa merendah diri walaupun sudah berjaya.

Sumber: Instagram Haiza Hanafi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!