“Drama ke apa ni”, 5 tahun bercinta, Hanna Delisha wat kejutan bernikah dgn jejaka pilihan

Nama Hannah Delisha menjadi bualan hangat netizen hari ini apabila beliau mengumumkan telah selamat bergelar isteri kepada pelakon Imam Shah. Berita mengejutkan itu dikongsikan oleh Hannah menerusi Instagram beliau. Sebagai pelakon yang berasal daripada Singapura, Hannah Delisha begitu menjaga disiplin dan sehinggakan amat jarang sekali mendengar gosip liar mengenai hubungan cinta yang melibatkan beliau.

Hannah baru sahaja memuatnaik gambar perkahwinan beliau itu untuk berkongsi berita gembira bersama para peminat beliau. Beberapa keping gambar sekitar majlis tersebut juga dimuatnaik demi tatapan para peminatnya. Perkahwinan mereka berdua berlangsung di Singapura dan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Menurut Hannah menerusi caption di entri mengenai pengumumkan pernikahannya, hubungan beliau dan Imam Shah sebenarnya telah terjalin selama 5 tahun. Hannah terlebih dahulu melebarkan sayap beliau ke Malaysia apabila memulakan kerjayanya dengan membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer pada tahun 2017 bersama Syafiq Kyle sehingga beliau pernah di gossip mempunyai hubungan bersama Syafiq Kyle.

Siapa sangka suami Hannah juga sebenarnya telah mengikuti jejak langkah Hannah pada tahun 2018 apabila membintangi drama Lafazkan Kalimah Cintamu. Drama yang diarahkan oleh Along Kamarudin itu menampilkan Farid Kamil dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama.

Ramai yang memuji sikap Hannah yang tidak menghebohkan hubungan cinta beliau kepada umum dan hanya mendedahkan setelah sah menjadi seorang isteri.

Hannah yang memilih untuk berhijrah sebelum ini juga dikatakan sedang menyiapkan diri untuk menuju ke fasa baru dalam hidupnya. Berikut dikongsikan beberapa keping gambar Hannah Delisha di hari pernikahan beliau.

Apa pun pilihan Hannah, sebagai peminat perlulah sentiasa menyokong kerjaya Hannah sebagai pelakon. Buat Imam Shah walaupun nama beliau masih belum benar-benar dikenali sebagai pelakon di Malaysia, mungkin rezeki selepas berkawin ramai pengarah yang berminat untuk mengambil suami Hannah berlakon lebih banyak lagi drama di Malaysia.

Menjengah keruangan komen, rata-ratanya netizen seakan tidak percaya hingga dengan berita pernikahan Hannah sehingaa mereka pada mulanya menyangka gambar yang tersebar tersebut adalah salah satu babak drama lakonan Hannah. Ruangan komen beliau dihujani ucapan tahniah daripada para peminat.

Walaupun rata-rata netizen terkejut dengan pengumuman tersebut, namun para peminat setia Hannah mendoakan agar pelakon berkenaan berbahagia hingga ke anak cucu.

Pandai betul Hannah simpan rahsia kan. Ramai juga jejaka yang paatah hati dengan berita berkenaan. Selamat pengantin baru buat Hannah Delisha. Semoga hubungan pasngan ini berkekalan dan bahagia selalu hendaknya.

Sumber:  ig hannahdelisha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*