Doa Aafiyah semua orang masuk syurga buat netizen terharu

Pada tanggal 11 Januari setiap tahun para peminat Tokti tidak pernah melupakan hari lahir penyanyi kesayangan ramai iaitu Datuk Seri Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti. Baru sahaja menyambut hari kelahiran yang ke 42 kelmarin, Tokti kini sedang melalui hari-hari bahagia menantikan detik kelahiran anak keduanya yang dijangka dilahirkan sekitar April tahun ini.

Tokti mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau ini merupakan kembar kepada Aafiyah.

Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas.

Aafiyah begitu mewarisi sifat lemah lembut dan penyantun ibunya. Tokti dikenali sebagai seorang yang sangat lembut ketika berbicara dan sentiasa menjaga tutur kata semasa bercakap dengan sesiapa sahaja walaupun ketika menjawab soalan yang agak kurang menyenangkan.

Memuatnaik sebuah video Aafiyah membuat ucapan istimewa sempena hari lahir beliau, Aafiyah juga menyanyikan lagu “Happy Birthday” buat ibunya.

Aafiyah mengucapkan semoga ibu dan bapanya di panjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik dan mudah-mudahan dimasukkan ke dalam syurga bersama dirinya.

Ucapan Aafiyah itu turut mencuri tumpuan apabila kanak-kanak cilik itu turut sama mendoakan agar semua orang juga masuk ke dalam syurga.

Warganet rata-ratanya begitu terharu mendengar doa yang sangat tulus dan ikhlas daripada seorang kanak-kanak yang suci. Terasa doa tersebut sampai kehati sesiapa sahaja yang mendengar.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen buat Aafiyah.

“Adorable nya…. doakan semua orang masuk syurga lagi. Aaaminnnn. Happy Birthday” – Tiara Jaquelina

“Comel sgt..semoga makiti dn sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah” – Netizen

“ya Allah bijaknya mu nak oi. Auntie mula2 sengeh2 tgk lepas tu auntie cry sebak pula “ – netizen

“comel je…geram tgk tau…amin…happy bezday tok ti” – Netizen

“so sweet. afiyah sopan santun lemah lembut sebiji macam ibu” – Netizen

Bagus sungguh didikan Tokti dan suami buat Aafiyah. Sejak dari kecil lagi Aafiyah diajar dengan budi pekerti yang baik dan begitu petah berkata perkara-perkara yang sangat baik.

Sesungguhnya kata-kata itu adalah doa dan mudah-mudahan doa Aafiyah di makbulkan oleh tuhan hendaknya. Amin.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*