“Dipuji pun sy takkan terbang, dihiina pun sy takkan tumbang” – Ifa Raziah

Acap kali kita dengar, buat baik macam mana pun, apatah lagi berbuat sebaliknya… tetap orang akan berkata-kata atau mengata. Pendek kata, terlalu ambil pusing apa orang nak cakap pun memang tak jadi kerja kita dibuatnya. Manakan tidak, kita manusia biasa tak akan dapat lari daripada kekurangan diri, bahkan lebih tepat tak dapat memuaskan hati semua pihak.

Barangkali itulah yang dirasakan selebriti yang hangat diperkatakan baru-baru ini iaitu Ifa Raziah. Seakan memberikan respons ‘ser4ng4n’ di maya terhadapnya dek kenyataannya baru-baru ini, baca saj4lah coretan Ifa ini.

Bersyukur jika ada orang yang suka padanya, menurutnya jika orang benci padanya juga bukan satu masalah. Malahan katanya, jika dipujipun dia takkan ‘terbang’, dihinapun dia takkan tumbang. Mendalam tu… itu diulang dalam beberapa kapsyen hantarannya baru-baru ini.

Gamaknya maksud Ifa, dia seorang yang tidak akan lupa diri jika dipuji. Begitupun jika sebaliknya, sudah pasti maksud Ifa dirinya tidak akan kecundang atau jatvh hanya disebabkan hinaan manusia. Kental betul Ifa kan…

Yalah… kalau tak kental pastinya Ifa tak akan mendapat apa yang dikecapinya pada hari ini. Dapat pergi umrah tiga kali, beli penthouse mewah, kereta empat lima, emas berkilo-kilo sepeti diketenga

Apa pun isv tentang dirinya didakwa mengeluarkan kenyataan ‘tak tutup aurat tetap dijemput tunai umrah’ memang mengundang kemarahan netizen hingga ada penceramah agama seperti Ustazah Asma’ Harun membalasnya.

Kata pendakwah itu, kenyataan terbabit menyebabkan dikhuatiri timbul salah faham mengenai keutamaan perkara wajib seperti menutup aurat dilengah-lengahkan sementara yang sunat pula dikejar.

Bagaimanapun, memetik kenyataan Ifa yang memberikan respons terhadap ustazah itu berkata, dia menerima dengan hati terbuka teguran Asma’ yang bercakap secara umum dan langsung tidak menyebut namanya.

Dengan tenang pintanya agar pihak terbabit tidak melaga-lagakan mereka dengan isu tersebut. Terdahulu, Ifa beritahu kesalnya videonya (tentang umrah) disunting hingga menjadi fitnah di maya.

Kendatipun ujarnya, dia tidak berniat mencari individu yang menyebarkan video tersebut. Tambah pula kata Ifa, dirinya sudah lali dikecam, bagaimanapun tidak akan ambil peduli dengan sebarang kata-kata nista dan negatif.

Sumber : IG Ifa Raziah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!