“Dilarang curi”, Janna Nick bagi amaran jangan sesiapa rampas Dini Schatzman darinya

Siapa tidak kenal pelakon Janna Nick. Artis wanita yang di kenali dengan watak yang periang, lasak dan kini tengah hangat bercinta dengan pelakon baru kacukan melayu switzerland Dini Schatzman. Sebelum ini mereka pernah bergandingan bersama dalam drama akasia Bukan cinta aku sebagai adik beradik. Mungkin selepas Drama tersebut mereka mula bercinta.

Pas4ngan sama cantik sama padan ini, memuat naik gambar bersama sama dengan caption yang lebih kurang sama. Nampak sweet gitu.

“Di larang curi” – Janna Nick

“Di larang ambik ” – Dini

Caption dari Janna dan Dini menarik perhatian netizen dan ramai yang menyakat mereka dan bertanya tentang status sebenar mereka.

“Rambut selai pun tak boleh” – Janna Nick

Amboi betul betul sayang Janna Nick kepada Dini, untung Janna Nick berimpian memiliki bakal suami kacukan Mat salleh ternyata termakbul.

Wah, memang jejaka idaman Janna Nick, nak yang bermata biru. Jom kita kenali sedikit latar belakang Dini.

Dini Schatzmann adalah seorang pelakon baru yang menpunyai d4rah campuran Melayu dan Switzerland. Ibunya berasal dari Pulau Pinang sementara bapanya pula dari Switzerland. Jejaka bertubuh sasa ini mula mencuri perhatian peminat sejak membuat kemunculan pertama dalam drama bersiri Cik Reen & Encik Ngok Ngek yang dibintangi oleh Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim.

Perjalanan seni anak muda ini bermula selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa orang pengarah dan penerbit sehingga ditawarkan kerja sebagai pelakon. Namun begitu, beliau yang menuntut dalam bidang kejuruteraan merasakan yang jiwanya lebih cenderung terhadap perkara seni.

Atas azam untuk mencipta nama dalam bidang lakonan, beliau akhirnya tiba ke Malaysia pada Mei 2018 dan seterusnya mengasah kemahiran dengan mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar. Di samping mengikuti kelas lakonan, beliau juga memasuki kelas Bahasa Melayu.

Dini mengakui fasih dalam dialek utara kerana ibunya sering berkomunikasi dalam dialek itu ketika di rumah. Bagaimanapun beliau merasakan kemahiran Bahasa Melayunya lemah kerana tidak menetap di Malaysia sebelum ini, malah tidak pernah membaca buku dalam bahasa itu.

Semoga hubungan Janna Nick dan Dini kekal dan cepat naik pelamin.

Sumber : Ig Janna Nick, Dini Schatzman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*