“Difikirnya drama budak kecik, awk ptt lakon drama moden yg hebat dimana awk kelihatan lbh dewasa” – Netizen

Sejak kebelakangan ini, banyak drama yang muncul di kaca TV hasil daripada adaptasi novel terlaris di Malaysia. Tapi tidak mengapa kerana kebanyakan drama ini akan menjadi terkenal di kalangan peminat setia drama cinta Malaysia. Barisan pelakon yang membintangi drama-drama tersebut juga semuanya hebat-hebat belaka. Sudah semestinya peminat drama tidak mahu ketinggalan untuk menonton ‘masterpiece’ tersebut.

Baru-baru ini, Sweet Qismina ada mengongsikan satu posting mengenai drama baru yang akan disiarkan pada tahun depan dimana dia sendiri bersama-sama dengan Luqman Hafidz akan membintangi drama yang berjudul ‘Cinta Yang Tertangguh’.

Secara ringkasnya, drama ini mengisahkan mengenai Hanania (Sweet Qismina) yang telah kehilangan kakak serta abang ipar dan dia terpaksa menjadi ibu bagi anak-anak arwh. Hanania pula yang terpaksa menipu dengan kawannya mengatakan bahawa dia sebenarnya mempunyai bakal suami. Walhal, bakal suaminya itu secara rawak ditunjuk oleh Hanania dalam sebuah majalah.

Namun lelaki tersebut benar-benar wujud dan rupa-rupanya adalah bos di tempat kerja barunya. Lelaki tersebut adalah Adrish Haqiey (Luqman Hafidz). Adrish yang pada mulanya tidak menyukai Hanania kerana memakai tudung akhirnya lama-kelamaan mula jatuh hati padanya.

Kemunculan Afii iaitu bekas kekaasih Hanania menjadi penyebab kepada perkahwinan palsu antara Adrish dan Hanania. Dari saat itu, bermulalah kisah lucu antara pasangan palsu suami isteri ini. Rasa macam tidak sabar sudah mahu menonton drama ini kan?

https://www.instagram.com/p/CVKcbPtpX6Y/?utm_source=ig_web_copy_link

Drama cinta yang tertangguh ini akan bersiaran di TV1 RTM pada tahun 2022 sebanyak 26 episod. Pasti para peminat Sweet Qismina dan Luqman Haqiey tidak sabar untuk menonton drama baru arahan Amie Maziah ini. Makin-makin lagi apabila penampilan Sweet Qismina benar-benar menarik perhatian awam.

Foto perkongsian Sweet Qismina mengenai drama tersebut dikongsikan menerusi akaun Instagramnya dan telah memperoleh sebanyak 22,708 likes dan 44 komen. Sweet Qismina dan Luqman Haqiey yang berpakaian baju kahwin bertema warna putih itu kelihatan bagai pinang dibelah dua. Elok je posing mereka dalam foto tersebut.

Rata-rata netizen sudah tidak sabar untuk menonton lakonan Sweet Qismina yang terbaru ini walaupun sesetengah netizen masih belum ‘move on’ dengan drama bidadari salju juga dibintangi oleh Sweet Qismina. Namun yang mencuri perhatian min adalah komen salah seorang followers Qismina yang mana seakan-akan mempertikaikan watak yang dibawa oleh Qismina ini.

Tidak kisahlah Qismina berlakon dalam drama budak-budak atau orang dewasa, yang pastinya Qismina akan berjaya menjiwai wataknya itu.

Walaupun baru berumur 23 tahun, namun Qismina sudah pernah tersenarai sebagai Top 5 Pelakon Wanita Popular, Gandingan Serasi Drama Popular dan mendapat Top 10 untuk undian tertinggi di Melodi TV3.

Sumber: Instagram Sweet Qismina

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!