Didukung Idris Khan, dipluk Zul Ariffin. Akhirnya Tunang Intan Najuwa bersuara

Menjadi seorang artis bukannya senang. Lebih-lebih jika seseorang artis itu mempunyai hubungan intim seperti tunang atau suami. Sebagai seorang artis, isu pergaulan antara berlainan jantina harus dititikberatkan dan perlu menjaga etika ketika bergaul demi menjaga maruah sendiri mahupun pas4ngan. Baru-baru ini telah menjadi isu pergaulan antara Intan Najuwa dan Zul Ariffin di dalam sebuah gambar kongsian Intan Najuwa di instagramnya kini sedangĂ˝ hangat diperkatakan oleh netizen Malaysia.

Dilihat dari gambar tersebut, Intan dan Zul Arifin duduk dalam keadaan yang sangat rapat dan apa yang sangat menarik perhatian netizen adalah kedudukan tangan Zul di atas peha Intan.

Ada juga netizen yang mempersoalkan dan mengingatkan Intan tentang perasaan tunangnya dengan mengatakan seharusnya Intan perlu menjaga hati tunangnya sebelum membuat tindakan membenarkan untuk diambil gambar dalam keadaan begitu rapat bersama Zul Ariffin.

Dalam pada itu, telah timbul isu hangat dalam kalangan netizen mengatakan tunang Intan sudahpun terasa hati dengan beliau. Mengikut pada status yang dikongsi tunangnya yang bernama Fazrul Anwar Rulis, beliau mengatakan bahawa akan ada masa dimana kita mahu dicintai atau mahu dihorm4ti.

“Akan datang satu masa dimana kita harus memilih antara disayangi atau dihorm4ti. Kita harus selalu pilih untuk dihorm4ti. Kerana cinta tanpa rasa hormat akan tidak kekal lama. Tetapi jika ada hormat antara satu sama lain, cinta itu akan kekal abadi.” katanya di ruangan status ‘ig story’ beliau.

Ayat berbaur kecewa Fazrul itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat tunangnya, Intan Najuwa. Kerana walaupun tidak telus menyebut siapa yang beliau maksudkan, tetapi ayatnya tentang ‘real lasting love’ itu seakan merujuk akan cinta antara beliau dan Intan.

Sumber : ig intannajuwa, ezurazz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*