Didakwa tidak peduli banjir di Pahang, ini penjelasan Tokti

Syukur dengan perjalanan kehidupannya yang semakin bahagia sejak bergelar ibu, Tokti juga seperti insan lain yang tidak terlepas diuji apabila suatu masa dahulu apabila melalui ujian yang berat menunggu sehingga 11 tahun lamanya sebelum dikurniakan zuriat. Kini setelah 2 tahun kelahiran Aafiyah, Tokti bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka bakal dilahirkan pada bulan April tahun ini.

Tokti mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau ini merupakan kembar kepada Aafiyah. Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas.

Umum mengetahui bahawa Tokti berasal dari Kuala Lipis Pahang dan rentetan k3s banjir yang berlaku di Kuala Lipis maka ramai yang bertanyakan mengenai tindakan Tokti terhadap k3s banjir yang sedang berlaku di negeri kelahirannya itu.

K3s banjir semakin hari semakin merunsingkan apabila telah mencatat beberapa kematian. Paras air semakin meningkat dan sudah menenggelamkan beberapa kawasan disekitar Pahang.

Netizen mempersoalkan penglibatan Tokti dalam memberikan bantuan kerana beberapa orang usahawan dan figura yang dikenali telah turun padang bagi menghulurkan bantuan.

Dermawan yang sentiasa muncul ketika kesusahan iaitu Ustaz Ebit Lew juga seperti biasa turut sama membantu para penduduk yang terjejas teruk akibat banjir.

Bertindak balas kepada beberapa persoalan netizen terhadap ketiadaan beliau dalam situasi banjir kali ini, Tokti meminta masyarakat memahami keadaan dirinya yang kini sarat hamil anak kedua selama 4 bulan dan tidak dapat turun padang bersama bagi menjayakan agihan sumbangan buat para penduduk di Pahang.

Tokti amat berharap supaya ketiadaan beliau tidak dipersoal lagi dan penjelasan beliau mengenai perkara tersebut dapat diterima.

Memuatnaik beberapa gambar agihan sumbangan yang dihulurkan oleh beliau dan pasukannya, Tokti berkata sumbangan tersebut akan dihantar oleh pasukan beliau sebagai wakil.

Tokti juga mendoakan agar banjir yang sedang melanda negara ketika ini surut dan keadaan akan kembali pulih seperti biasa.

Para peminat mnggalkan komen menyokong tindakan Tokti dan mempertikaikan para netizen yang tidak sensitif dengan keadaan wanita yang sedang sarat mengandung seperti Tokti ketika ini.

“Syukur alhamdulillah. Semoga Allah swt permudahkan urusan berjalan dengan sempurna lancar dan selamat sampai. In shaa Allah. Aamiin3x yra.

Terbaik Dato Seri Siti Nurhaliza n team. Dato Seri jangan ke mana2 please stay safe at home tkcare urself n Aafiyah. ” – Netizen

“Semoga dipermudahkan segala urusan..x pa Dato’..sy pon masa ank ketiga dh nk dkt² bersalin tu ..nk jln pon payah..x pa..depa faham atas usaha Dato’.. semoga dipermudahkan juga segala urusan Dato .. dimurahkan rezeki selalu ..in Sha Allah” – Netizen

“Syukur Alhamdulillah datok CT Nipon syukur Alhamdulillah dapat bantu kan datok CT juga kena jaga kandungan tu balik2 ye kami semua memahami…yg penting doa kita semua semoga semua yg terjadi ini dugaan dari Allah taala

ye..saya faham..Sb pernah memahami nya masa tahun 1995 seminggu nk ijab kabul saya mengalami banjir besar di taman Sri muda Shah alam. Nasib baik majlis saya dapat di teruskan. pastu mengandung 4bln Gan 7bln tu kena banjir lagi dugaan 2..” – Netizen

Bagi seorang wanita yang sedang sarat mengandung pastinya agak sukar untuk melakukan kerja-kerja berat apatah lagi perlu menempuh perjalanan jauh dan berliku demi menghulurkan bantuan.

Sudah memadai Tokti menghantar wakil daripada beliau untuk membantu mengagihkan sumbangan. Mudah-mudahan banjir di Pahang akan surut dan kembali pulih.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*