“Dia yg pantang baru hari ketujuh aku pulak yg ngiilu, oh no” – Netizen

Wanita Melayu lazimnya akan menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan bayi paling tidak pun selama 44 hari. Dalam tempoh itu kebanyakannya akan hanya duduk di rumah dan tak digalakkan ke sana ke mari jika tiada hal mendesak, risau bentan. Maklumlah perlu memulihkan diri selepas penat melahirkan apatah lagi pada minggu pertama dah ‘meletop’. Namun lain pula dengan isteri usahawan sensasi, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini.

Baharu kira-kira tujuh hari bersalin, beliau nampaknya gagah sudah keluar rumah ke majlis besar sambutan iftar syarikatnya. Nampak laju saja beliau berjalan ke pintu masuk dewan sambil mengendong bayi pula tu. Santai saja..

Dalam video hantaran dikongsikan terlihat juga aksinya yang memakai penutup kain sebagai pelindung bagi menyusukan bayi. Jadi bukan alasan jika di luar rumah susah pula nak menunaikan tanggungjawab sebagai ibu yang satu itu.

Siap Datin boleh naik di pentas bersama suami, Datuk Seri Alif Syukri untuk menyampaikan sumbangan kepada stafnya lagi. Begitupun, ramai yang rasa susah hati melihat kegigihannya untuk turut terlibat dalam majlis itu.

“Dia yg pantang baru hari ketujuh aku plak yg ngilu… Ohhh nooo”, “Tak s4kit ke jalan tu Datin? Huhu.. saya pulak seriau. Pantang-pantang pun cantik”, “Datin better Datin duduk pun takpe. Risaunya”, “Datin jaga skit jalan Tu. Takutla”.

“Semua ibu kuat sebab takde istilah pantang dah sekarang”, “Tabiklah moga dijadikan inspirasi pada semua”, “Bagus Datin Shahida sangat menghargai pekerja-pekerjanya”, “Begitulah orang biz, berpantang pun masih bekerja, tiada cuti”.

Itu antara komen netizen. Bagi yang selamba bertanya di ruangan komen sama ada beliau tak sayang dirikah bermaksud apabila keluar rumah sedemikian dalam tempoh berpantang ini, Shahida mempersoalkan kembali adakah orang yang tak sayang diri?

Apa pun sudah masuk anak ke-enam, pastinya Shahida ada kaedah tersendiri dan khusus bagi penjagaan dirinya. Lagipun orang berduit tambah pula banyak produk kesihatan di ‘sekelilingnya’. Jadi netizen tak perlu risau sangat ya….

Terdahulu Shahida dalam kapsyen hantarannya meluahkan yang kalau diikutkan badannya memang beliau tak nafikan rasa tak larat, namun melihat kegembiraan anak buahnya mendapat bonus di majlis itu tervbat sedikit kepenatannya.

Katanya stafnya itu antara tulang belakang syarikatnya yang bertahan 15 tahun hingga sekarang. Beliau juga berharap pemberian bonus pihaknya dapat menggembirakan hati stafnya. Bagus kan Datuk Datin ni. Ramai mendoakan mereka murah rezeki.

Sumber : IG Datin Seri Shahida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!