“Dia nak Mama buat floor dkt rumah dihias baju baju cmtu haha” – Netizen

Bukan sahaja Maryam dan Ryzal tapi apabila mereka mempunyai anak, yang menjadi perhatian sekarang lebih kepada anak mereka. Anak mereka lebih popular kepada peminat berbanding dengan mereka berdua pada saat ini. Yang menjadi perhatian selalunya apabila bersiar-siar, adalah anak mereka. Rina. Terlihat mereka sedang berada di pasaraya dan mereka membeli-belah.

Rina seorang budak yang sudah besar dan cerdik akalnya, jika dahulu hanya diam dan senyum tapi kini sudah panjang akalnya. Lihat saja sekarang, pelbagai tingkah laku yang telah dilakukannya.

Kalau dulu masih boleh dikawal, sekarang agak sukar mengawal Rina apatah lagi Rina sudah boleh berjalan. Rina kini sudah bebas, hanya memantau secara depan mata sahaja.

Maryam sempat merakam gelagatnya yang kini lebih banyak akal meragam, tapi pada peminat mereka, beliau tetap seorang budak yang manja dan comel.

Ini adalah video tersebut, kerenah Rina ketika berada disebuah kedai baju. Sampai berguling macam tu sekali. Manja sungguh perangainya dengan daddynya. Kalau dengan ommanya lain perangainya.

Mendapat lebih 19 ribu sukaan dan sebanyak 110 lebih komen yang diberikan kepada perkongsian mengenai Rina. Agaknya kenapa Rina bersikap sedemikian ye.

Pasangan ini adalah pasangan campiran Korea dan Melayu, meskipun begitu namun mereka mempunyai selera makan yang lain. Maryam menyukai durian manakala Ryzal menyukai kimchi.

Pelbagai komen-komen yang diberikan kepada perkongsian tersebut dan ramai yang mengatakan itu adalah perangai sebenar kanak-kanak n0rmal.

Seronok melihat tingkah laku Rina. Memang beliau menjadi tumpuan dan sentiasa menghiburkan hati peminat-peminat sentiasa.

Sumber: ig maryamyunrr

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!