“Dia dh takde ayah, dpt jugak merasa kasih sayang seorang ayah”- Nabila Huda

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Rezeki bukanlah hanya pada wang semata-mata malah ia didatangi dalam pelbagai bentuk. Termasuklah memiliki mertua yang penyayang itu juga sebahagian rezeki yang diberikan Allah SWT. Maka konsep sebenar rezeki itu cukup meluas buat kita semua. Siapa yang tidak mahukan mertua yang baik hati, sudah pasti ramai menginginkan mertua sebegitu.

Siapa sangka, suami kepada Nabila Huda iaitu Mohd Izwan Johar sangat rapat dan mesra dengan bapa mertuanya, Amy Search. Lebih membanggakan, bapa mertuanya juga adalah legenda rock paling terkenal di Malaysia. Siapa sahaja yang tidak mengenali Amy Search, yang sudah tentu popular dengan lagu Isabella sejak tahun 80-an.

Malah bersempena ulang tahun kelahirna suami Nabila Huda itu, beliau bersama Amy Search sempat membuat panggilan video bersama. Nampak akrab hubungan menantu dan bapa mertua. Panggilan video itu dirakam sendiri oleh Izwan Johar dan berkongsi menerusi laman Instagram Nabila Huda.

Perkongsian video itu membuatkan ramai netizen ‘cemburu’ dengan Izwan Johar kerana memiliki bapa mertua yang cukup sporting. Meskipun Izwan Johar tidak mempunyai bapa, beliau masih memiliki kasih sayang dari bapa mertua.

Rata-rata netizen memberi komen mengucapkan ucapan selamat ulangtahun kelahiran buat Izwan Johar. Posting video itu juga menerima komen daripada rakan-rakan artis.

Malah komen dari Izwan johar juga mencuri tumpuan netizen.

Terdahulu, Nabila Huda pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Keisha. Kemudian Nabila berkahwin buat kali kedua dengan Izwan Johar pada tahun 2015.

Sumber: Instagram kupukupu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!