“Dia datang buat surprise la”- Datin Shahida

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Begitulah boleh di ibaratkan pepatah yang menggambarkan kehidupan pasangan suami isteri. Kehidupan berumahtangga perlulah saling melengkapi. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna mahupun sebaliknya. Namun begitu apa yang lebih penting adalah menghargai pasangan masing- masing seadanya mereka. Kekurangan dan kelebihan merupakan faktor suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan kemanisan berpanjangan dalam kehidupan berumahtangga. Namun, kehidupan alam berumahtangga pastinya tidak akan terlepas daripada dugaan dan cabaran.  Begitulah juga yang pernah di lalui oleh Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida.

Datin Shahida kini lebih dikenali sebagai isteri kepada seorang usahawan kosmetik terkenal dalam Malaysia iaitu Datuk Alif Syukri.

Namun sebelum ini nama beliau sudah terlebih dahulu dikenali ramai kerana beliau pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid Solehah yang turut di sertai oleh penyanyi Bienda.

Disamping itu juga, wajah Datin Shahida sebelum ini begitu dikenali kerana beliau pernah menjadi model iklan syampu Sunsilk yang begitu terkenal suatu masa dulu.

Setelah mendirikan rumahtangga bersama Dato Aliff Syukri, beliau lebih menumpukan kehidupan beliau terhadap rumahtangga disamping membantu suaminya dalam mempromosikan perniagaan mereka.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.

Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Terkini, Datin Shahida telah memuatnaik sebuah video di mana Dato Aliff Syukri telah memberikan kejutan kepada beliau sempena hari lahirnya hari ini. Datin Shahida di lahirkan pada 14 Mac 1985 dan kini telahpun berusia 37 tahun.

Menurut Shahida, beliau sedang melakukan penggambaran di sebuah hotel. Namun secara tiba – tiba, suaminya itu datang ke hotel berkenaan dan membuat kejutan untuk bertemu dengan beliau.

Kejutan yang di lakukan oleh Dato Aliff di lihat berjaya kerana wajah Datin Shahida kelihatan begitu gembira namun malu- malu dengan tindakan Dato Aliff yang sangat romantis menyambut hari kelahiran isterinya.

Bertuah sungguh Datin Shahida di kurniakan seorang suami yang sangat penyayang dan mengambil berat terhadap diri beliau serta anak- anak.

Menjenguk keruangan komen pula, ramai yang memuji tindakan Dato Aliff yang sanggup mencuri masa untuk menyambut hari kelahiran isteri kesayangan beliau.

Meskipun beliau sibuk dengan urusan perniagaan namun Dato Aliff tidak lupa untuk menunjukkan penghargaan buat isterinya itu.

Ruangan komen juga di penuhi ucapan selamat hari lahir dan doa- doa para pengikut akaun Instagram buat Datin Shahida. Berikut di kongsikan komen netizen.

“Alhamdulillah..dato alif ni dia sangat sayang datin dan anak2..karakter dia memang camtu..tapi saya percaya dia seorang yang setia dan sangat bertanggungjawab..bagi saya kan..takde perempuan yang paling serasi dan faham dengan dato ..datin sorang je yang faham cara dato dan serasi dengan dato..sakinah mawaddah warahmah buat datin dan dato..bahagia hingga syurga..” – Netizen

“ya Allah. Bukn mudah untuk bertahan ujian rumah tangga. Rasa kebesaran Allah bila tgk suami isteri yg pernah bergd0h. Hampir nk berc3rai,,tp masih utuh dgn kasih sayang mereka.. ya Allah. Semoga mereka selalu bahagia” – Netizen

“tak pernah tengok isteri dia happy mcm ini…siap cakap ilove… alhamdulillah semoga dato dan datin di berikan kebahagian dunia akhirat…” – Netizen

“Selamat hari lahir datin..semoga panjang umur dan murah rezeki..semoga sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T dan bahagia dunia akhirat bersama keluarga tersayang” – Netizen

Di sebalik gelagat riuh rendah Dato Aliff yang tidak henti berceloteh beliau sebenarnya seorang suami dan bapa yang sangat setia serta penyayang.

Ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini kerana merasa terharu dengan layanan yang di tunjukkan oleh Dato Aliff buat Datin Shahida. Semoga kebahagiaan mereka berkekalan sampai bila- bila.

Sumber: ig shahida dherb

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

error: Siapa Copy akan report copyright!