“Dia dah kenal sangat bini dia haha” – Ramona Zamzam

Buat mereka yang sudah berumah-tangga, pasangan merupakan insan yang paling dekat sekali dengan diri kita. Selain menghabiskan masa sehari-hari bersama, isteri dan suamilah yang menjadi tempat pertama untuk berkongsi cerita dan masalah. Jadi tidak aneh jika pasangan sudah amat kenal dengan perangai dan kebiasaan yang sering dilakukan oleh diri kita.

Mendirikan rumahtangga pada tahun 2020 yang lalu, Fatimah Rohani atau lebih dikenali dengan nama Emma Maembong ini kini dilihat lebih bahagia disamping suaminya yang merupakan seorang juruterbang itu. Pasangan ini bukan sahaja secocok disebabkan sama cantik dan sama padan, ternyata perangai keduanya juga sama sempoi sahaja.

Malah, kini dengan kehadiran putera sulung mereka berdua yang bernama Shariq Gabriel ini telah menyempurnakan lagi kehidupan mereka berdua. Suami Emma iaitu Muhammad Shazli ini juga kini dilihat sering membantu isterinya itu melakukan video promosi di laman sosial Instagram.

Menjalani hidup bersama sebagai pasangan suami isteri setelah hampir 3 tahun, ternyata Shazli sudah amat kenal dengan perangai dan telatah isterinya itu. Lucunya, dia sehingga boleh mengatakan dan memperagakan kelakuan isteri tersayangnya itu.

Video baru yang dimuatnaik oleh Emma Maembong di Instagramnya itu telah mendapat perhatian ramai apabila melihat gelagat lucu dari Shazli yang cuba untuk meniru tingkah-laku Emma.

Tidak berpuas hati melihat lakonan suaminya itu, Emma telah menidakkan bahawa selama ini dia ternyata bertingkah-laku gedik seperti yang ditunjukkan oleh Shazli. Tetapi Shazli juga telah membantah bahawa dia lebih mengenali dan memang sering melihat Emma berkelakuan sebegitu.

Netizen dan peminat rata-ratanya sangat terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Emma itu. Malah, ramai yang memuji bahawa Emma kini terlihat lebih slim dan kur0s sehingga mereka meminta tips daripada Emma sendiri.

Memang lawak sungguh tengok Shazli berlakon jadi Emma Maembong. Dalam diam rupanya suami Emma pun ada bakat berlakon dan melawak juga ya. Lepas ni boleh lah berlakon sekali dengan Emma dalam drama atau filem.

Sumber: Instagram Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!