“Dh kenapa nk salam dgn suami Sheila” – Netizen

Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah pun selamat bergelar pasngan suami isteri setelah bernikah pada 1 Januari yang lalu. Beberapa rakan artis yang rapat telah hadir bagi meraikan pasngan tersebut. Sheila Rusly dan suami juga turut hadir bagi meraikan hari bahagia Ayda yang telah selamat bergelar isteri Nabil. Hubungan akrab mereka dilihat ketika Ayda berlakon drama Cindai dan juga Bukan Gadis Biasa.

Sheila Rusly mempunyai dua orang anak lelaki namun tidak dikurniakan anak perempuan. Disebabkan itulah Sheila amat rapat dengan beberapa artis wanita dan mencurahkan kasih sayang dengan menganggap mereka sebagai anaknya sendiri.

Keakraban hubungan Ayda bersama keluarga Sheila Rusly bagaikan sebuah keluarga. Ayda sudah menganggap Sheila dan suami Sheila iaitu Jinggo sebagai ibu bapa sendiri dan hubungan yang terjalin selama ini seperti anak beranak.

Beberapa media yang membuat liputan di majlis perkahwinan Ayda telah memaparkan sedutan video Sheila yang sedang erat memeluk Ayda dan menitipkan ucapan tahniah serta kata-kata berupa pesanan buat pengantin baru itu.

Menerusi muatnaik di instagram hotfm, turut kelihatan di dalam video ialah Jinggo yang menemani Sheila meraikan fasa kehidupan baru Ayda. Semasa hendak beredar, Ayda dilihat telah bersalaman dengan Sheila namun kemudiannya Ayda turut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Jinggo pula.

Tindakan Ayda itu telah mencuri tumpuan netizen dan menimbulkan tanda tanya mengapa Ayda bersalaman dengan seseorang yang bukan mahram beliau.

Rata-rata warganet juga mempertikaikan tindakan Ayda dan meminta supaya Ayda agar lebih sensitif sebagai seorang mslim. Berkemungkinan besar atas faktor rasa hormatkan Jinggo sebagai seorang bapa membuatkan Ayda bertindak sedemikian.

Walaupun apa jua alasannya, ada benarnya juga kata- kata netizen bahawa Ayda tidak perlu untuk bersalaman dengan suami Sheila. Cukup sekadar bersalaman dengan Sheila sahaja kerana menghormati Sheila sebagai ibu.

Daripada sudut pandangan agama, kita sendiri tidak boleh bersalaman dengan seseorang lelaki yang bukan mahram kita. Apatah lagi ketika itu Ayda baharu sahaja bergelar isteri kepada Nabil. Berikut dikongsikan beberapa lagi komen netizen.

“Just ingat 1 bnda.. Kita nmpk baik bkn sbb kita xdak dosa/aib…tapi Allah ttup aib kita…yg selalu terjadi skrg kesalahan sendiri ttup seboleh-bolehnya seolah-olah mcm semua perfect, klau dkt org plak semua serba x kena…

ITU ADALAH SATU DUGAAN MEREKA.. Doakan ja semoga nabil dpt bimbing is3 dia dgn baik supaya jdi is3 yg solehah yg taat kpd suami dn perintah Allah.. InsyaAllah” – Netizen

“Tu bukn ade talian drah kn so knp bukn mahram bersalam ye? Lgi stu bukn x leh pluk II ke? Xpe lh dorg kn artis” – Netizen

“sembang deras masing2..ni ha benda basic yg korang slalu buat pun kelaut… korang pun yg pompuan pun xleh salam pak sodara lelaki lkorang.

sepupu lelaki pun xboleh salam, apatah lagi abg ipar atau adik ipar lelaki.. pun xboleh salam… tu bapak tiri pun xleh salam tau.. yg laki pun sama.. haa masukk” – Netizen

Buat Ayda dan Nabil anggaplah apa yang berlaku sebagai pedoman dan iktibar pada masa akan datang. Perjalanan dalam alam rumah tangga baru sahaja bermula buat mereka berdua.

Masih banyak yang harus dipelajari dan semestinya mengambil masa untuk di perbaiki. Mungkin atas teguran netizen ini mereka akan lebih berhati-hati.

Sebagai seorang isteri juga Ayda perlulah menjaga maruah suami dan lebih sensitif terhadap pandangan masyarakat demi menjaga nama baik suaminya.

Sumber: Instagram hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*