Dgn sekali laafaz, Ippo Hafiz selamat bergelar suami

Penyanyi, komposer dan penerbit, Ippo Hafiz selamat bergelar suami kepada Fara Roslan pada jam 9.22 malam tadi. Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz, 30, selamat dinikahkan dengan Fara atau nama sebenarnya, Norfarahin Mohd Roslan, 31, dengan sekali laafaz di sebuah majlis indah yang diadakan di Impian Abadi, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ramai memuji kecantikan isteri Ippo Hafiz kelihatan jelita dihari bahagia.

Ippo dan Fara itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Roslan Marwi dengan disaksikan Pendaftar Nikah Crai Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abd Nasir Abdullah.

Pelantun lagu Kekal Bahagia itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80, wang hantaran bernilai RM20,000 bersama tujuh dulang hantaran.

Sementara itu, pihak perempuan yang anggun mengenakan busana pernikahan rona biru cair pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Majlis yang diadakan dengan penuh sederhana tapi meriah dalam iringan hujan renyai itu diserikan dengan kehadiran keluarga kedua belah pihak, teman rapat serta rakan selebriti seperti Sissy Iman, Sarah Suhairi, Shahrizal Jaszle, Rohana Jalil dan ramai lagi.

Sebelum ini, Ippo dan Fara yang mula berkenalan ketika menjalani penggambaran muzik video Saat Bahagia itu menjalinkan ikatan pertunangan pada 10 Mac lalu.

Sebelum itu, Status penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz, menjadi tanda tanya apabila gambar memaparkan dirinya segak menggayakan tuksedo di sisi seorang wanita yang mengenakan gaun labuh putih tersebar.

Foto romantis berkenaan seolah-olah menunjukkan Ippo, 29, yang mendapat jolokan Raja Runut Bunyi dan wanita terbabit diraikan dalam majlis perkahwinan.

Justeru, timbul persoalan apakah Ippo yang popular dengan lagu Kekal Bahagia itu dalam diam-diam sudah pun melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya? Apakah dia juga cuba merahsiakan majlis bersejarah dirinya daripada pengetahuan peminat?

Ketika dihubungi BH Online, Ippo atau atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz bagaimanapun tenang menjawab panggilan.

“Mana ada saya kahwin senyap-senyap? Kalau saya ditakdirkan berkahwin, pasti perkara baik seperti itu akan dikongsi bersama semua pihak. Tak pernah terlintas di hati saya untuk merahsiakan perkara elok. Kita semua tahu, mendirikan msjid adalah sesuatu yang harus dihebahkan.

“Gambar itu sebenarnya dirakam ketika saya menjayakan sebahagian daripada babak dalam video muzik single terbaru berjudul Saat Bahagia. Ia karya ciptaan saya sendiri, manakala lirik pula hasil kerjasama dengan Fedtri Yahya.

“Insya-Allah, lagu dan video muzik lagu itu akan dilancarkan pada awal 2019. Jadi, kalau nak tengok saya ‘berkahwin’, kenalah tunggu detik pelancarannya nanti. Siapa tahu, selepas ini ada lagu kahwin betul-betul pula untuk saya abadikan?” katanya.

Menurut Ippo, lagu berkenaan juga buat julung kali menyaksikan dirinya menampilkan penyanyi lain bersamanya.

“Selama ini, saya tidak pernah mengundang penyanyi lain dalam lagu dendangan saya. Namun, bagi projek ini, iaitu hasil kerjasama saya dengan Warner Music dan MVM Music, saya menampilkan bakat baharu, Sheryl Shazwanie.

“Lagu ini berkisar pada seorang lelaki yang melamar wanita idamannya untuk menjadi suri hati. Ia banyak mengingatkan saya pada Penghujung Cintaku nyanyian Pasha Ungu dan isterinya, Adelia,” katanya.

Sejak 2014, Ippo pernah merakamkan 14 lagu yang dijadikan runut bunyi drama mahupun filem.

Sumber : gempak via celotehsaje / BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*