“Dengan Sofea Jane ke tu, maintain muda” – Netizen

Orang baru disayang, yang lama tetap dikenang. Mesti ramai yang rindu dengan kemunculan pelakon popular 90-an berwajah pan Asian nan seorang ini. Suatu ketika tatkala namanya di puncak, memang tak dinafikan terlalu ramai jumlah peminatnya. Meskipun kelihatan senyap terutama ketika sudah berumahtangga, nama Datin Sofea Jane masih diingati dan menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Menariknya, tak banyak beza wajahnya ketika di awal kemunculan beliau dalam dunia seni lakon hingga sekarang.

Perkongsian pelakon, Datin Lisa Surihani dalam hantarannya ini pasti sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat terhadap Sofea. Setelah lama ‘bertapa’ dalam dunianya, nampaknya wanita berusia 50 tahun ini sudah kembali memunculkan diri.

Jika dilihat kapsyen hantaran Lisa ini, beliau membayangkan seakan Sofea antara pemain dalam movie Nenek Bongkok Tiga. Jika benar, mesti terubat rindu peminat untuk melihatnya kembali berada di pentas lakonan kan …

“Gosh.. Sofea Jane still looks smashing – forever my girl crush”, “Sofea Jane ke tu.. maintain mudaaa”, “Sofea Jane lamanya tak tengok”, “Sofea Jane ni memang cantik”. Itu antara layangan komen netizen pandangan tertancap pada Sofea.

Apa pun moga Sofea dapat kembali memeriahkan industri seni lakon tanahair yang nampaknya belum lagi berkembang pesat hingga ke persada antarabangsa ini. Mesti ramai yang menanti hasil buah tangan melibatkan dirinya ini.

Dalam pada itu kelibat Lisa dan suaminya, Datuk Yusry Abd Halim dalam hantaran ini turut menarik perhatian netizen. Ya lah… Nampak menarik dan sweet sekali tambahan bila berfoto bersama itu. Ramai tumpang gembira melihatnya.

Paling mendapat perhatian sudah tentulah kerana gaya mvslimah dan sederhana Lisa. Walaupun wajahnya dikatakan tampak polos tanpa mekap tebal tetap manis dan mengundang pandangan netizen.

Untuk info, Sofia Jane mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada 9 September 1995 dengan hanya perkenalan yang cukup singkat.

Mereka ikurniakan empat cahayamata iaitu Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya. Pada tahun 2000, Imran mngal dunia di usia 1 tahun kerana kegagalan jntung.

Lisa Surihani dan bekas penyanyi kumpulan KRU, Yusry pula mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis perkahwinan yang berlangsung pada 23 Februari 2012 di M4sjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Mereka tidak bertunang sebaliknya terus bernikah pada tarikh itu.

Yusry dan Lisa dikurniakan tiga cahaya mata, Yahaira Leanne, 7; Yusof Leonne, 5 dan Yunos Laith, 2. Semoga yang baik-baik untuk Lisa dan Yusry sekeluarga. Mesti ada buah tangan best yang turut melibatkan gandingan Yusry dan Sofea Jane ini.

Sumber : IG Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenaka

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!