Demi puaskan hati Anis. Betul2 depan pintu aku tunjuk Anis adalah skendel aku. Ayu kerap jumpa resit shoping aku dgn pmpuan tu

Foto sekadar hiasan. Betullah seperti dikata orang, kesetiaan seorang wanita akan diuji apabila psangannya tidak mempunyai apa-apa. Manakala, kesetiaan lelaki pula akan diuji apabila sudah mempunyai segalanya. Seperti kisah yang nak kami kongsikan kali ini, seorang suami sanggup cerrai dan halau isterinya dari rumah hanya kerana orang ketiga. Sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya…Segalanya bermula waktu saya dinaikkan pangkat, saya mula rapat dengan Anis.

Lima tahun lepas merupakan titik hitam dalam hidup saya, bila saya memilih untuk cerraikan isteri saya dan tinggalkan anak-anak kerana perempuan lain.

Saya berkahwin dengan isteri, Ayu atas dasar suka sama suka. Ayu ni pendiam, tapi lembut dan baik. Family saya pun Alhamdulillah boleh terima Ayu dengan baik. Lepas Ayu bersalin anak pertama, saya minta dia berhenti kerja guru di sekolah menengah & Ayu ikutkan permintaan saya. Ayu jadi surirumah sepenuh masa dan jaga saya dan anak dengan baik. Kami hidup bahagia, tambah-tambah lagi Ayu waktu tu sedang mengndungkan anak kedua kami.

Rezeki anak-anak, kedudukan kewangan kami makin stabil daripada makan cukup-cukup, dah boleh bawak family jalan-jalan, bercuti.Segalanya bermula waktu saya dinaikkan pangkat. Saya perlu berurusan dengan ramai orang salah satunya Mr Goh, dan yang saya perasan, setiap kali meeting, Mr Goh akan bawa secretary dia bersama, Anis.

Mula-mula saya dan Anis hanya berurusan biasa tapi lama kelamaan tiap kali meeting, kami mula jadi rapat dan kadang-kadang saya tumpangkan Anis untuk pulang dengan kereta saya. Tak nak cerita banyak part ni. Anis memang pandai ambil kesempatan dia tahu saya dah makin tergila-gilakan dia, jadi dia akan ajak saya shopping dan saya akan turutkan semua kehendak dia.

Ayu mula perasan perubahan saya tapi dia tak terus melenting. Dia cuma tanyakan beberapa soalan (sebab banyak kali kantoi terjumpa resit beli barang wanita dalam poket seluar).Ayu tak benarkan saya berkahwin lagi, malam tu juga saya cerraikan Ayu dan halau dari rumah

Lama-lama saya jadi baran, semua yang saya nampak pada Ayu dan anak-anak jadi menyakitkan hati. Saya mengaku saya ada perempuan lain. Ayu menangis malam tu, saya ingat lagi. Allah, kjamnya saya. Saya ingat lagi saya bagitahu Ayu malam tu, yang dia langsung tak menarik, tak cantik macam Anis yang sentiasa fashionable.

Satu malam, saya buat perkara yang paling saya menyesal seumur hidup. Anis minta saya pertemukan dia dengan Ayu supaya dia boleh minta Ayu izinkan saya berkahwin lagi, dan saya ikutkan je. B0dohnya saya waktu tu.

Ayu baru siap tidurkan anak sulung dan baby kami. Bila dia buka pintu untuk sambut saya, muka dia berubah bila nampak Anis. Saya bagi tahu ini Anis sakandel Tapi dia langsung tak mengaamuk. Dengan tenang, dia beri peluang pada Anis untuk bercakap. Anis dengan sombongnya arahkan Ayu untuk bagi saya izin berkahwin lagi. Tapi Ayu berkeras. Katanya kalau perempuan tu orang baik-baik, dia akan izinkan. Tapi kalau dengan Anis, maaf dia tak izinkan.

Anis marah dan merajuk. Dia masuk dalam kereta dan minta saya bagi kata putus. DIA ATAU AYU. Saya masuk balik kerumah, saya marah pada Ayu dan waktu tu lah saya lafzkan cerrai pada Ayu. Saya bagitahu dia untuk kemaskan barang dan keluar rumah esok.

Ayu diam sekejap, kemudian dengan perlahan dia sebut “Allahuakbar” sambil berlalu ke atas. Saya dengar suara tangisan anak sulung kami, mungkin marah tidurnya terganggu. Ayu turun ke bawah dengan anak-anak dan terus keluar. Tanpa ambil satu helai pun pakaiannya.

Saya berdosa dengan Ayu dan anak-anak.Tak lama Allah nak tunjuk, rupanya Anis cuma mendampingi saya atas niat nak mengikis. Dia nampak kesenangan saya waktu tu. Padahal semua kesenangan tu rezeki isteri dan anak-anak.

Merata-rata saya cari Ayu balik. Yang buat saya terkilan, Ayu pulang ke rumah ibubapa saya minta maaf atas salah silap padahal dia takda salah apepun. Mak ayah saya terlalu marahkan saya sampai setahun tak bercakap dengan saya. Tapi lama-lama lembut juga hati. Kesian bila tengok saya macam orang gila talak. Akhirnya diorg bagitahu, Ayu keluar negara untuk sambung belajar Master dan terus menetap di situ bersama anak-anak. Mereka tak beritahu saya di negara mana.

Allah, saya rindukn Ayu dan anak2.

Buat Ayu, ini jalan terakhir abang untuk Hari Ayu. Abang tak tukar pun nama2 supaya Ayu tahu, ini kisah kita. Abang minta maaf banyak2 sayang. Abang silap, abang silap, abang silap. Abang berdosa dengan Ayu, dengan anak2. yaa Allah, macam mana la Ayu jaga anak2 kita yang masih kecik dengan belajar lagi..

Ayu Safiyyah, tolonglah. Tolonglah abang..

Sumber : kisah rakyat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*