Demi anak, Datin Shahida dalam berpantang tetap ke dapur

Siapa tidak kenal, Datin Shahida, dulu dia di kenali dengan gelaran kakak terlajak laris seorang busines woman berjaya membawa nama Dherbs dan sekarang dengan brand baru AS Legacy bersama Dato Aliff. Perwatakan Datin Shahida yang lebih bersederhana, tidak suka menunjuk nunjuk dan sangat bersifat keibuan sangat berbeza dengan pewatakan Dato Aliff. Tetapi perbezaan itu adalah keserasian sebenar dalam rumahtangga.

Datin Shahida yang masih berpantang hari ke 16 hari ini tetap turun dapur semata mata untuk anak anaknya ingin makan masakannya.

Walau berpantang tetap ke dapur hari ke16. Walau berpantang tetap saya turun memasak sebab anak2 ni x nk makan masakan bibik kecuali bibik tudung punya masakan je dorang nak makan selain mak dorang. So bibik tudung dan saya gilir2 la masak.sementara tempoh berpantang ni. Hari ni saya masak Asam Pedas Daging cara saya.

Cara masak pun dah tahu berpengalaman dan sedap. Datin Shahida yang kelihatan tenang di dapur mendapat pujian dari netizen dan menyatakan berbeza sangat dengan cara Dato Aliff Syukri masak.

Datin hanya membalas ” Beza laki dan perempuan”

Di akhir video tersebut Datin ada menyebut sambil berbisik. “Anak anak kalau bibik masak tidak nak makan, nak mak dia juga masak ” – Datin Shahida

Pengorbanan seorang ibu, tengah berehat untuk berpantang pun tetap prihatin tentang anak dan sanggup masak walaupun dia tidak boleh makan masakan yang di masak. Apa apa pun salute dengan cara Datin Shahida bukan sahaja kaya, tetapi lebih bersederhana dan penyayang. Berkerjaya tetapi tetap utamakan anak anak dalam semua hal. Siapa setuju?

Sumber : Ig shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*