“Dayus..Lembik..Wujud lg zmn skrg lelaki mcm tu noh, jd b0doh sbb cinta” – Netizen

Episod terbaru drama Takdir Yang Tertulis yang bersiaran malam tadi semakin menarik apabila Ruhila kembali bertemu Ean tanpa pengetahuan suaminya Azlan. Cinta antara Ruhila dan Ean seolah-olah berputik kembali setelah hubungan yang pernah terjalin ketika di zaman universiti itu terputus di tengah jalan apabila Ruhila mendapat tahu Ean berlaku cvrang di belakangnya.

Penyatuan kembali Ruhila dan Ean bagaimanapun telah mendapat bantahan keras daripada para penonton drama tersebut kerana tidak ‘merestui’ hubungan cinta lama itu berputik semula setelah 7 tahun Ean mengalkan Ruhila.

Azlan yang mengahwini Ruhila atas dasar cinta tidak mengetahui bahawa beliau hanya dipergunakan oleh Ruhila untuk menjadi pak sanggup setelah hamil anak Ean. Watak Azlan yang dibawakan oleh Nazim Othman kerap mengundang amarah para penonton akibat tidak berlaku adil sebagai seorang suami.

Manakala menerusi Instagram Nazim Othman yang membawakan watak sebagai Azlan pula mendedahkan beliau menghadapi pelbagai kecaman daripada para netizen yang begitu taksub untuk meluahkan kemarahan dan makian terhadap watak Azlan kepada dirinya.

Sehingga membuatkan Nazim tampil meminta netizen agar dapat membezakan antara watak yang dibawakan dalam drama dan realiti.

Bersiaran pada episod ke 10 malam tadi, para penonton merasa begitu puas hati dan teruja apabila Juweta telah melabelkan Azlan sebagai seorang suami yang dayus kerana terlalu menuruti kehendak isterinya Ruhila untuk membuang anaknya sendiri.

Meluahkan perasaan geram, Juweta turut berkata Azlan seolah tidak mengenang budi kerana selama ini Azlan hanya menumpang kemewahan dirinya dan tergamak merampas harta dan segala kepunyaan Juweta demi turuti permintaan Ruhila dan Che Salmah.

Juweta yang telah menganggap Mika sebagai anak sendiri merasa begitu sedih apabila Azlan mengatakan dirinya yang merupakan bekas isteri Azlan sendiri sebagai orang asing dan tidak layak untuk menjaga Mika walaupun Juweta telah menjaga Mika semenjak Mika masih kecil.

Sehingga episod malam tadi ditayangkan, Azlan masih belum mengetahui mengenai hakikat sebenarnya bahawa Mika bukanlah anak kandung beliau dan Ruhila malahan Ruhila hanya memperalatkan dirinya untuk menutup malu akibat mengandungkan anak Ean kerana masih belum berkahwin.

Azlan sebelum ini sanggup menghalau isterinya Juweta dan merampas harta Juweta kerana menurut kata Ruhila serta ibu mertuanya Che Salmah.

Dek kerana terlalu sayangkan Ruhila, Azlan sanggup berkorban apa sahaja termasuklah mendengar kata Ruhila untuk membuang anaknya Mika. Rata-rata penonton begitu beremosi menghayati babak di mana Juweta melepaskan perasaan terhadap bekas suaminya Azlan.

“Ngan kau2 pun aku bagi makan tau takkk. padan muka engkoo azlan eeeiii gerammmm nyaaaa “ – Netizen

“Mmg dayus la ko ni..buta ke…alahai..aku kang kalu maki..habis menangis azlan nyesal..bongok” – Netizen

“hahaha..jap g die kne prank ngn ruhila..ruhila jmpe ean..bodoh punya azlan..kne ayam2 dgn cik salmah..bru die tau spe yg bodoh” – Netizen

“lambat bru dia tau yg dia bodoh..kesian siot…tp mmg bodoh td..mmg lambat la sedar…” – Netizen

“cinta sngt ngn ruhila trus jd bodoh..nie bodoh brtingkat2..hahaha..” – Netizen

“bukan budak tu je aku kasi makan, tapi dengan ko skali aku kasi makan. padu ayat ni ju. sentap si azlan dgn ila.. ksi lagi ayat padu ju” – Netizen

Macam manalah perasaan Azlan apabila mendapat tahu bahawa Mika bukanlah anak kandungnya dan dirinya merupakan pak sanggup serta dipergunakan oleh Ruhila selama ini.

Dalam setiap episod, satu demi satu rahsia sudah terbongkar menyebabkan para penonton sentiasa tidak sabar untuk menunggu tayangan episode seterusnya setiap hari.

Sumber: ig takdiryangtertulistv3

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*