“Datuk K tu makin hari rilex je nampak stylo muda” – Netizen

Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa sebagai Tokti merupakan seorang penyanyi dan usahawan terkenal di Malaysia. Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Buat yang tidak tahu, Datuk Khalid merupakan seorang usahawan dan pengerusi SimplySiti Sdn Bhd. Beliau juga pengasas kepada Yayasan Nurjiwa.

Datuk Khalid pernah mendirikan rumahtangga dengan Tengku Zawyah Binti Tengku Izham dan memiliki empat orang anak lelaki iaitu Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.

Manakala perkahwinan Tokti bersama Datuk Khalid atau lebih di kenali sebagai Datuk K pula dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Ada peminat kongsi, dulu peminat tidak setuju semasa Tokti membuat keputuusan untuk mengahwini Datuk K, namun melihat kehidupan mereka yang gembira dan bahagia para peminat Tokti cukup merasa gembira kerana Datuk K menjaga Tokti dengan sangat baik.

Baru- baru ini Tokti telah berkongsi di instagram story, beliau ke Dubai untuk melihat rumah yang baru di belinya di sana. Pencapaian Tokti untuk membeli rumah di Dubai cukup menjadi inspirasi buat warganet di alam maya.

Rata- rata netizen meluahkan rasa kagum dengan hasil usaha Tokti selama ini dengan hasil penat lelah penyanyi berkenaan menerusi kerjaya nyanyian serta perniagaan sehingga mampu untuk membuat pelaburan memiliki kediaman di sana.

Tokti yang juga ke Dubai untuk meluangkan masa bercuti serta berehat bersama keluarga sempat menyambut malam tahun baru di Dubai.

Tokti berkongsi pengalaman beliau itu bersama para peminat dengan memuatnaik beberapa keping gambar serta video kenangan beliau bersama keluarga di kota Dubai pada malam sambutan tahun baru.

Beliau merakamkan kenangan tersebut bersama keluarga dan menulis caption ringkas harapan tahun baru buat beliau sekeluarga dan juga buat para pengikut akaun Instagram kesayangannya.

Menjengah keruangan komen, rakan artis dan para peminat juga menulis ucapan selamat tahun baru buat penyanyi kesayangan ramai itu. Seiring dengan ketibaab tahun baru, setiap individu pasti bertambah usianya.

Namun begitu netizen memuji penampilan Datuk K kerana masih kekal muda dan bertenaga meskipun usianya sudah menjengah pertengahan 60an. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Muda betul nampak Datuk K ni.  Nampak lebih kurang sebaya je dengan Tokti walaupun mereka berdua memiliki perbezaan usia hampir 20 tahun. Semoga Tokti dan keluarga gembira selalu hendaknya dan mudah mudahan segala perancangan untuk tahun baru ini akan tercapai.

Sumber: Ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!