“Dato Siti nmpk muda sgt seakan sebaya dgn menantu”- Netizen

Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa sebagai Tokti merupakan seorang penyanyi dan usahawan yang cukup di kenali dalam Malaysia. Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Suatu ketika dahulu hubungan percintaan Tokti dan Datuk Khalid pernah mendapat tentangan hebat daripada para peminat Tokti sendiri.

Para peminat kurang bersetuju dengan pilihan hati Tokti memandangkan Datuk Khalid merupakan seorang duda yang mempunyai 4 orang anak semasa Tokti membuat keputuusan untuk mengahwini Datuk K.

Bagaimanapun melihat kehidupan mereka yang gembira dan bahagia serta bebas kontroversi sehingga kini, para peminat Tokti cukup merasa gembira kerana Datuk K telah menjaga Tokti dengan sangat baik.

Sebagai rekod, Datuk Khalid sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Tengku Zawyah Binti Tengku Izham dan memiliki empat orang anak lelaki iaitu Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.

Manakala perkahwinan Tokti bersama Datuk Khalid atau lebih di kenali sebagai Datuk K pula dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

3 daripada anak lelaki Datuk Khalid telahpun mendirikan rumahtangga. 2 daripada menantu Datuk Khalid sendiri merupakan kalangan artis iaitu pelakon terkenal Izara Aisyah serta seorang pelakon indonesia Tya Ariffin.

Hubungan kekeluargaan yang sangat rapat dan mesra antara mereka sering menjadi inspirasi serta perhatian daripada para peminat dan pengikut Tokti sendiri.

Mereka juga aktif berkongsi aktiviti kekeluargaan di media sosial buat tatapan peminat masing- masing. Hantaran terbaru di Instagram Tya Ariffin memuatnaik gambar beliau merakamkan gambar kenangan bersama Tokti yang merupakan ibu mertua beliau menghadiri acara makan malam bersama ahli keluarga yang lain.

Gambar yang di kongsi tersebut menarik perhatian para peminat memandangkan wajah Tokti yang tidak di mamah usia meskipun sudah mencecah 44 tahun pada tanggal 11 Januari yang lalu.

Malahan wajah Tokti yang kelihatan muda itu kelihatan lebih kurang sebaya dengan usia para menantu beliau iaitu Izara Aisyah dan Tya Ariffin di mana kedua- duanya berusia dalam lingkungan akhir 20an. Jom kita baca komen netizen di bawah.

Seperti juga Tokti, netizen juga memuji penampilan Datuk Khalid kerana masih kekal muda dan bertenaga meskipun usianya sudah menjengah pertengahan 60an.

Rezeki sungguh Tokti dan Datuk Khalid yang masih mempunyai wajah muda serta tidak di mamah usia walaupun saban tahun meniti peningkatan usia. Datuk Khalid pun nampak lebih kurang sebaya je dengan Tokti.

Sumber: Ig ctdk dan tya ariffin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!