“Dato muka ganaih, tp hati byk munge”- Netizen

Tiada apa yang lebih membahagiakan wanita selain mendapat perhatian dan kasih sayang tulus dan ikhlas daripada suami tercinta. Kadang orang luar bukan tahu apa-apa… tengok muka luaran pasangan tu tampak garang dah ingat macam-macam dan rasa mereka yang wajah macam tu tak romantik. Entah-entah ramai yang sebaliknya macam suami selebriti tiba-tiba meletop dek baru mendirikan rumah tangga ini.

Pada sesiapa yang tidak mengenali dirinya, jika diperhatikan secara luaran, sekali pandang memang tampak ‘gan4s’ sahaja suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman ni. Namun jangan terlalu skeptikal ya…

Siapa sangka, di sebalik matanya yang buntang dan jangkutnya yang panjang berjela rupa-rupanya perunding kewangan dan usahawan bergelar jutawan ini seorang yang sangat romantik. Lihat saja perkongsian hantaran Heliza ini.

Berlatarbelakangkan langit yang membiru, Mahadi membawa isterinya itu membelah lautan Langkawi dengan menaiki bot peribadi yang dihiasi belon berwarna merah jambu. Tertulis juga ‘Sanah Helwah Kak Ja Syg ‘ di situ. Nak sambut hari jadi Heliza (yang ke-36 tahun) yang difahamkan sepatutnya esok.

Walaupun menyatakan merasa ‘geeli’ tatkala dipanggil ‘Kak Ja sayang’, Mahadi yang dibahasakan Heliza dengan panggilan ‘Abang D’ ini tetap hendak memanggil isterinya itu dengan panggilan sama.

Agak menyentuh jiwa tatkala mereka berkongsikan bagaimana minat untuk berada di taman-taman syurga sama seperti majlis persandingan mereka baru-baru ini yang dipenuhi dengan suasana maulid, bacaan al-quran, doa dan majlis ilmu bersama para ustaz dan asatizah.

Tak kurang romantik juga Mahadi rupanya apabila sambil berjalan sentiasa memegang tangan si isteri dan mengawasi keadaannya dalam bot yang agak bergoyang. Mereka berdua juga mengambil peluang berkongsi momen dihadapi saat disatukan.

Dalam hantaran sama menurut mereka, ‘live’ itu dibuat bagi memohon sama doa para peminat dan pengikut di medsos agar dapat bersama-sama hingga ke syurga dan berjumpa denganNya, selain para nabi, sahabat dan solehin.

Sempat juga Heliza dan Mahadi memberikan tip kaedah menyambut bulan Rejab dan amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi menambahkan pahala. Alhamdulillah bukan sahaja sentiasa berbaju sedondon, pasangan ini juga nampaknya sepakat dalam berkongsi ilmu buat netizen.

Untuk info, Heliza dan Mahadi selamat diijab kabulkan pada tanggal 1 Januari 2022 di M4sjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Tanpa kecoh di media, ramai yang terkejut apabila mereka disatukan kerana tidak pernah dengar digosipkan pun… Kalau dah jodoh ya…

Sumber : Ig Heliza Helmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!