“Dato dah buat anak sampai 5. time ni kata tak bahagia. g lah pujuk datin tu” – Netizen

Kita sebagai manusia biasa sememangnya harus terima apa sahaja cabaran hidup. Mungkin kita akan tersungkur dari pelbagai segi tapi apa yang penting, hati kita kena kuat dan tabah dan cuba teruskan hidup walau macam mana sekalipun. Tetapi adalah perkara normal jika kita akan terduduk kerana letih selepas kita sudah berusaha bersungguh-sungguh mencapai impian kita.

Baru-baru ini Dato Aliff Syukri telah berkongsi perasaannya di laman instagramnya bersama satu gambar kata “Cuba Bahagia”.

Hidup umpama aiskrim. Nikm4tilah ia sebelum cair”. Kadang-kadang orang yang kita lihat sempurna di gambar tidak semestinya sempurna di dalam.. Dan orang yang anda lihat gembira di luar tidak semestinya dia gembira di dalam.

Begitu juga saya seorang insan yang lemah.. yang sering ..Melakukan kesilapan..sukar untuk digambarkan ketika ini saat ini dan perasaan ini.. saya seolah olah ingin pergi lari di luar negara untuk mencari kegembiraan… tetapi saya mempunyai 1001 komotmen kerja yang tidak boleh diElakkan.

Bukan utk meraih simpati ataupun ingin berkejar populariti jauh sekali menjauhkan diri dari keluarga..tetapi satu perasaan yang saya rasa sudah lemah dan letih untuk dilalui..Apa yang boleh saya katakan saya meneruskan kehidupan saya untuk mencari kebahagiaan yang saya inginkan semoga satu hari nanti kebahagiaan itu akan datang.

Betul kata pep4tah kebahagiaan tidak boleh dibeli dgn wang ringgit..Kalau lah boleh dibeli kebahagian itu dengan wang ringgit mungkin saya akan beli nya dengan harga RM 10,000,000 tapi apakan daya saya adalah insan yang lemah semoga satu hari nanti Allah akan Makbulkan permintaan saya untuk memiliki ke bahagian yang hakiki.” kata Dato Aliff Syukri di dalam laman instagramnya.

Kata-kata berbaur sedih dan kecewa itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga mengaitkan Dato Aliff seperti tidak bahagia dengan apa yang beliau punyai sekarang termasuklah mempunyai isteri yang baik bersama 5 orang cahaya mata.

Rata-rata netizen lebih ramai yang lebih mengasihani nasib isteri Dato Aliff iaitu Datin Shahida dan anak-anaknya kerana Datin sedang sarat mengandung buat masa kini dan netizen lebih memikirkan emosi Datin yang lebih terganggu dari Dato Aliff.

sumber : ig aliffsyukriterlajaklaris

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*