“Datin mmg baik hati layan org dlm rumah bkn sbg pekerja” – Netizen

Mempunyai pembantu rumah sememangnya amat mengurangkan beban ketika seseorang atau sesuatu keluarga itu sibuk bekerja dan menguruskan banyak perkara. Menggaji pembantu rumah yang bijak membantu boleh meleg4kan. Begitupun, bukan senang hendak dapat pembantu rumah yang pandai buat kerja dan lebih-lebih lagi jenis setia dengan majikan. Gamaknya, itu yang dirasakan selebriti, Datin Paduka Eina Azman yang dilihat melayan pembantu rumahnya dengan baik sekali sehingga ramai yang mengagumi sikapnya itu.

Kalau dah layan macam ni, nak tinggalkan majikan pun rasa sayang. Jika dilihat perkongsian Eina dalam Instagram nya, beliau dilihat bersama pembantu-pembantu rumahnya keluar berjalan dan meraikan salah seorang daripadanya yang menyambut hari jadi.

Bukan itu sahaja, Eina dengan wajah ikhlas dan mesranya berkongsi yang beliau menghadiahkan seutas gelang dipercayai jenis emas kepada pembantu nya itu. Turut memberikan pelvkan hangat, mereka berdua nampak tak kekok sekali bergurau senda.

Masakan tidak ramai yang kagum… Lazimnya kita akan ke melihat seperti adanya jurang antara majikan dan pekerja. Jika tidakpun biasanya majikan akan meletakkan had dalam melayani pekerja. Ya lah.. biasa juga kita dengar majikan asyik ‘terkena’ saja.

Apapun, buat peminat dan pengikut Eina pasti maklum, beliau kebiasaannya tidak pernah berkongsi adanya k0nflik dengan pembantu rumah. Tak kurang netizen yang menyifatkan itu jua rezeki buat isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah dek sifat peny

“Majikan yg baik. Moga Datin dimudahkan rezeki seluas lautan”, “Dikelilingi org yg baik² pun satu rezeki dari allah”, Yg ni Berkat Kaya kehidupan Datin Paduka amat terbaikk dgn keihlasan hati ..Aminnn”, “Baik nya lah datin ni. setengah orang tak mau buat kan pembantu segitunya..mulia hati datin..mudh mudhan dimurahkan pintu rezeki dunia akhirat”.

Itu antara komen netizen. Ya, memang tak dinafikan antara majikan dan pekerja akan meletakkan satu tembok antara mereka. Antara kehendak majikan sendiri atau pekerja yang mahukan sedemikian. Apa pun semua sama saja di sisiNya kan…

Dalam pada itu, agak mencuit hati tatkala ramai pula netizen yang perasan jenis jam tangan dipakai pembantu rumahnya, Bikna yang disambut hari jadinya itu. Dia dikatakan memakai jam yang bukan jenis kaleng-kaleng iaitu Apple Watch.

Hinggakan ramai yang bergurau mahu menjadi bibik Eina, ramai yang kagum dengan pembantu rumahnya yang memakai jam jenis itu. Ha… ko ado? Apa pun memang tabik hormatlah kat Eina yang memberikan layanan terbaik buat pembantu-pembantunya.

Moga menjadi contoh kepada majikan di luar sana akan akhlak yang ditonjolkan oleh Eina. Ramai yang mendoakan dek sifatnya itu, Eina lebih dimurahkan rezeki. Tapi jangan pula ada pekerja yang ambil kesempatan atas kebaikan majikan ya…

Sumber : IG Datin Paduka Eina Azman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!