“Datin Maria Farida b0dy anak dara” – Netizen

Memiliki kuulit dan wajah cantik menawan memang idaman setiap wanita. Begitupun bukan senang untuk ia dikekalkan lebih-lebih usia sudah melebihi setengah abad. Untunglah jika masih maintain biarpun tanpa mengambil apa-apa usaha keras atau terpaksa mengeluarkan modal besar. Sama ada terpaksa melalui situasi sedemikian atau sebaliknya, lihat saj4lah penampilan selebriti pujaan ramai, Datin Maria Farida ini.

Kecantikannya memang tak disangkal lagi biarpun sudah menjengah usia 53 tahun. Buat peminat dan pengikut di medsosnya pasti perasan akan minatnya yang acap mengunjungi pusat kecantikan atau spa.

Dek perkongsiannya itu hinggakan ramai menyangka yang dirinya dapat mengekalkan keelokkan rupa dek kerana sering mengunjungi pusat seumpamanya. Apa pun, sekali lihat tak dinafikan juga ya.

Seperti perkongsian Maria di kapsyen video hantarannya ini, kata wanita itu beliau melakukan aktiviti memanjakan diri di klinik kegemarannya. Antara biasa dilakukan RF (radio frequency mungkin…).

Juga dilakukannya rawatan kuulit sutera dan laser cahaya kuning. Tidak cukup itu, Maria turut menbuat facial graviti sifar untuk menegang dan ‘mengangkat’ mukanya ke bentuk V.

Tambah Maria ia mesti dicuba oleh semua orang, bahkan kini hasilnya katanya kuulitnya jadi lembut dan glowing. Gitu…. Justeru tak kurang netizen di ruangan komen hantarannya itu menyatakan seakan sudah tahu kenapa beliau kekal cantik.

“Datin mariafarida b0dy anak daara”, “Wow patut la cantik selalu”, “Alahai… Comey je muka tu..”, “Bnyk duit boleh lh”, “Dia ni buat muka macam makan biskut.. hari hari buat.. entah berapa juta habis”, “I need to be a millionaire to have a body like her”.

Itu antara komen netizen. Ada yang menyifatkan, Maria sememangnya dah cantik, bila buat rawatan sebegini lebih cantik, tak kurang yang rasa untuk dapat keelokan seumpamanya perlu berkepok duit.

Seperti komen lazimnya, ramai yang melihat kecantikan dan bentuk tubuh pelakon kacukan Melayu dan Filipina ini mengalahkan anak dara. Haa… ada wanita di luar sana yang cemburu dengan Maria tak tu…?

Untuk info, beliau mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Dato’ Rahman Shakur pada November 2015. Maria juga mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinannya yang terdahulu.

Sumber : IG Maria Farida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!