Dapat tajaan 13.5 juta brg kemas utk akad nikah dan mlm resepsi, Intan dan Haris umum nikah 6 feb 2021

Setelah sekian lama menyulam cinta, akhirnya pasngan sejoli ini mengumumkan akan bernikah pada 6 Feb 2021 menerusi saluran Youtube Harrisalif. Haris mendedahkan sebulan setelah hari jadi Intan, Haris telah masuk merisik buah hatinya itu sekitar bulan Julai 2020. Haris menjelaskan dirinya mempunyai keserasian dengan Intan setelah semakin lama mengenai Intan. Bercakap mengenai jodoh Haris berkata beliau tidak dapat menidakkan jodoh dan percaya dengan ketentuan Ilahi.

Hubungan mereka berdua dihidu wartawan setelah Haris memuatnaik gambar bersama Intan semasa perayaan hari raya tahun lalu.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak keluarga, Intan berkata keluarga Haris menerima dirinya seadanya dan keluarga Intan juga menerima Haris dan selesa dengan personaliti Haris.

Walaupun mereka berdua berkenalan tidak sampai setahun, Haris menjelaskan beliau percaya dengan jodoh. Oleh itu tempoh perkenalan beliau dengan Intan tidak pernah menjadi masalah buat dirinya.

Tampil sedondon memakai baju berwarna merah jambu, ramai yang sudah mengagak bahawa sidang media tersebut di adakan untuk mengumumkan berita mengenai fasa seterusnya dalam hubungan mereka berdua.

Mengenai kerjaya lakonan, Intan memaklumkan bahawa beliau tetap akan meneruskan kerjaya beliau sebagai seorang pelakon. Haris berkata dirinya akan fokus kepada bidang pengacaraan dan nyanyian sahaja.

Sebagai suami kelak beliau tidak menghalang serta memberikan peluang kepada Intan untuk berlakon. Mereka berdua juga tidak menolak sekiranya ada tawaran untuk berlakon bersama.

Mendedahkan detik perkenalan, mereka berdua platform Instagram dikatakan menjadi medium untuk mereka berdua berkenalan dengan lebih rapat.

Walaupun mereka berdua telah lama saling mengenai sebelum ini namun hubungan tersebut menjadi kian rapat hanya akhir-akhir ini setelah menyedari mempunyai keserasian antara satu sama lain.

Persiapan perkahwinan sudah 90 peratus dilakukan dan mereka berdua sebenarnya hanya menunggu hari untuk disatukan kerana telah membuat persiapan sejak majlis merisik pada bulan 7 tahun lalu.

Semasa diminta untuk menilai pasngan masing-masing, intan berkata Haris seorang yang sangat cool dan seorang yang tidak cepat melatah. Manakala Haris pula kagum dengan sikap Intan yang kuat bekerja dan sangat teliti jika membuat sesuatu pekerjaan.

Melihat soal jawab Haris dengan wartawan ternyata Haris seorang yang sangat matang dan dilihat mampu untuk membimbing Intan walaupun mengambil kira jarak usia antara mereka berdua selama 17 tahun. Ramai peminat yang men1nggalkan komen mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasngan ini.

Mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang menyokong dan mendoakan hubungan mereka berdua selama ini.

Akhirnya terjawab semua persoalan mengenai hubungan mereka berdua. Mudah-mudahan urusan pernikahan mereka akan berjalan lancar.

Sumber: youtube harrisalif

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*