“Dalam cerita nak bergaaduh je, real life pun kuat gadoh” – Netizen

Rantaian drama yang ditunggu ramai ini akhirnya telah ditayangkan semula di Slot Lestari TV3 setelah tayangannya dihentikan buat seketika. Pelaksanaan PKP yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini telah mengakibatkan pihak produksi terpaksa menangguhkan penggambaran rantaian drama Kekaasih Hati Mr Bodyguard ini buat sementara waktu kerana penggambaran masih belum sempat diselesaikan sebelum pelaksanaan PKP.

Pelakon kacak Redza Rosli dan her0in baru dalam dunia drama hiburan negara iaitu Sharifah Rose yang sebelum ini hanya terkenal sebagai model dan instafamous kini mula menempa nama dalam bidang lakonan tempatan.

Siapa sangka, ternyata gandingan hebat hero dan her0in baru atas arahan Emi Suffian dan Nizam Zakaria ini mampu membuat peminat drama tempatan terpukau dan tidak sabar menonton aksi mereka berdua dalam drama ini.

Redza Rosli yang memegang watak sebagai Hadif Akashah yang tegas dan Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn yang lembut ini ternyata telah menarik minat ramai orang melihat gelagat mereka berdua yang sering bergduh mulut dan bertelagah antara satu sama lain di dalam drama tersebut.

Tapi ternyata perkara itu tidak hanya berlaku di dalam drama sahaja, malah mereka berdua memang sering bergurau dan mengusik antara satu sama lain di luar drama.

Antara nama besar yang turut menjadi penjaya dalam drama Kekaasih Hati Mr Bodyguard ini termasuklah Lana Nordin, Lisdawati, Zarina Zainuddin dan ramai lagi pelakon hebat yang lain.

Sebelum ini, Lana Nordin juga pernah tular kerana dirinya yang tidak dapat turut serta dalam penggambaran sambungan drama ini kerana masih belum mendapatkan sntikan vks1n akibat masalah kesiihatan yang telah disalah anggap oleh orang ramai.

https://www.instagram.com/p/CT9o6D2pZhk/?utm_medium=copy_link

Keakraban Redza Rosli dan Sharifah Rose dapat dilihat dari gambar yang telah dimuatnaik oleh Redza di laman Instagram miliknya atas dasar promosi drama tersebut, tetapi ramai yang telah mngalkan komen bahawa mereka berdua terlihat sangat serasi bersama.

Bukan sahaja dari para netizen, malah rakan artis seperti Nabila Huda dan Nazrief Nazri turut menyakat Redza atas gambar yang telah dimuatnaik olehnya itu.

Memang seronok tengok Redza Rosli dan Sharifah Rose berlakon dalam drama ini. Sangat sesuai dan lakonan mereka juga nampak bersahaja dan secocok sekali. Malah ada juga para peminat yang suka sehingga mendoakan agar mereka berdua berjodoh.

Selamat maju jaya diucapkan terhadap pelakon-pelakon dan rakan produksi dalam usaha menjayakan sambungan drama ini. Pasti ramai yang menunggu bagaimana agaknya pengakhiran bagi cerita Kekasiih Hati Mr Bodyguard ini.

Sumber: Instagram Redza Rosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!