“Dalam air pun lawa, kalau aku dah ghupe Z0mbi”- Netizen

Tidak dapat dinafikan, bahawa semua individu mempunyai kecantikan yang tersendiri. Kecantikan itu adalah subjektif, bukanlah bermakna kena kur0s, dan ramping adalah kayu ukur kepada kecantikan seseorang, malah mempunyai hati yang baik juga adalah simbolik kepada kecantikan seseorang. Jadi, semua orang itu cantik dengan cara yang tersendiri.

Dan, sudah semestinya, kita akan terlihat sangat cantik pada pandangan pasangan kita. Itulah yang paling penting kan, dan juga menghargai antara satu sama lain, dengan sentiasa memuji akan kecantikan mereka.

Contohnya, Hairul Azreen yang memuji akan kecantik isterinya, Hanis Zalikha.Tapi, memang tak dapat dinafikan bahawa Hani itu memang sangat cantik orangnya, sejuk je mata ni memandang nya, manis sangat orang kan.

Video yang dimuat naik oleh Hairul,ketika mana mereka berdua yang sedang melakukan aktiviti snorkelling di dalam air, kalau dah dalam air tu, kita tak fikir pun kan kita ni lawa ke tak, enjoy the moment ketika aktiviti itu lah.

Tapi, Hairul yang merekod video isterinya dalam air, dan sempat juga di caption postingan tersebut beliau memuji akan kecantikan isterinya. Bila dilihat, memang cantik sangat Hanis ketika itu, biarpun dalam air. Bak katanya, tak sangka ada bidadari dalam laut.

Bak kata netizen, kalau mereka yang tengah snorkelling dalam air macam ni, memang sah-sah lah tudung tu dah senget dan kelepek sana sini. Terbahak bila baca komen dari para netizen, khusunya wanita. Kena pakai tudung awning keras barulah senang agaknya.

Mana taknya, wanita faham sesama wanita, bila part awning tudung tu, ada sajalah masalah mereka semua. Tapi, bila tengok Hanis yang sebegitu cantik, semua duk teruja dan kagum dengan beliau. Tetaplah cantik dalam air ye bak kata mereka.

Kalau dekat luar air lagilah lawa kan, yelah public figure mestilah kena cantik, buat itu ini, kena jaga penampilan. Barulah berkelas gitu, tak bolehla sembarangan gitu. Kena jaga penampilan di mana-mana. Kena gojes-gojes selalu.

Tapi, tak dapat dinafikan bahawa kita semua ni, cantik-cantik belaka. Semua ciptaan Tuhan itu indah belaka. Janganlah bila tengok orang lebih dari kita je, muncul rasa insecure. Tak bolehlah sebegitu, syukur seadanya.

Sumber : Ig Hairulazreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!