Dakwa mkn shellaut beramai tak ikut sop, Datin Almy Nadia naik angin “basuh” netizen

Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz merupakan pasngan pelakon yang sangat dikenali di Malaysia. Datuk Fizz Fairuz yang masih lagi aktif berlakon, sering dilihat terlibat dengan kerja-kerja amal. Beliau baru-baru ini turut turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mngsa banjir di Pahang. Walaupun berstatus seorang Datuk namun sikap beliau yang sentiasa merendah diri cukup disenangi oleh para peminat beliau.

Buat Datin Almy pula, setelah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Fizz Fairuz beberapa tahun lalu, wajah beliau tidak lagi menghiasi drama-drama di stesen televisyen. Beliau yang juga sudah agak lama menyepi dari dunia hiburan kini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak dan keluarga.

Pasngan pelakon ini juga tidak ketinggalan mengikuti arus semasa yang menuntut golongan artis untuk mempunyai media sosial supaya kekal berhubung dengan para peminat mereka. Mereka berdua juga sentiasa aktif di media sosial masing-masing.

Buat Datin Almy, beliau kini sangat aktif membuat promosi produk dan barangan daripada para pengikut akaun Instagram beliau dan memuatnaik ulasan produk berkenaan di Instagram.

Terkini Datin Almy telah  memuatnaik sebuah video untuk mempromosikan produk makanan laut ala Shellout menerusi Instagram beliau. Datin Almy berkata beliau turut mengundang adik beradik beliau untuk turut sama menikmati juadah tersebut.

Video yang berdurasi dalam 33 saat itu memaparkan Datin Almy duduk semeja bersama beberapa individu dewasa dipercayai adik beradik beliau sedang menjamu selera bersama-sama.

Menjengah keruangan komen, terdapat netizen yang mngalkan komen menasihati Datin Almy supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dimana ketika kini kerajaan hanya menghadkan 2 orang sahaja individu untuk makan dalam 1 meja.

Komen tidak masuk akal yang ditinggalkan oleh netizen tersebut membuatkan Datin Almy naik angin. Beliau menerusi ruangan komen juga bertindak untuk membalas kembali komen netizen itu dengan menjelaskan bahawa beberapa orang yang dijemput oleh beliau untuk makan semeja seperti yang dilihat di dalam video berkenaan tidak lain adalah adik beradik beliau sendiri.

Tambahan pula, acara makan-makan tersebut hanyalah dilakukan dirumah beliau sahaja dan tidak melibatkan orang luar. Datin Almy juga bertanya adakah beliau perlu patuhi SOP sekiranya bersama keluarga dan ibu bapa beliau sendiri. Dikongsikan komen yang ditinggalkan oleh netizen terbabit.

SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan perlu di patuhi oleh rakyat namun sebagai seorang yang telah dewasa, kita juga mampu menilai dengan waras bahawa SOP hanya terpakai dalam beberapa keadaan.

Tak semua tempat dimana SOP tersebut terpakai. Sangat tidak masuk akal sekiranya perlu patuhi SOP jika berada dirumah sendiri.

Sumber:  ig almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*